Kebenaran Akan Ditegakkan - Azmin

Diterbitkan: Isnin, 23 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: PKR percaya kebenaran akan dapat ditegakkan dalam rayuan pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi membebaskannya Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pertuduhan liwat.

Timbalan Presiden, Azmin Ali berkata parti itu tidak terkejut dengan rayuan itu tetapi mendakwa ia dilakukan berikutan "tekanan" dari kumpulan-kumpulan tertentu.

"Ianya amat dikesalkan. Kami bersedia untuk menghadapi rayuan itu dan Anwar juga bersedia.

"Kami yakin kerana kita juga percaya bahawa Anwar tidak bersalah," katanya kepada pemberita selepas mengedarkan hadiah Tahun Baru Cina kepada golongan miskin di sini.

Pendakwa telah memfailkan notis rayuan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi pada hari Jumaat.

Mahkamah Tinggi telah melepaskan dan membebaskan Anwar pada 9 Januari kerana kekurangan bukti yang nyata.

Dia telah dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada tahun 2008.

Pejabat Peguam Negara berkata bahawa keputusan untuk merayu tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak atau emosi, tetapi berdasarkan keterangan dan undang-undang.

Keputusan itu, katanya, akan membolehkan jabatan itu untuk mendapatkan penghakiman bertulis dan rekod prosiding.

Dalam perkembangan lain, Azmin berkata keputusan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim memegang portfolio Hal Ehwal Islam di negeri ini telah dipersetujui bersama oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat, termasuk Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan