Isytihar Harta Perlu Persetujuan Semua Pihak

Diterbitkan: Isnin, 23 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Pengisytiharan harta milik ahli Umno kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bergantung pada persetujuan semua pihak termasuk Presiden parti Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, kata Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Mohd Ali, yang juga Anggota Majlis Tertinggi UMNO, berkata langkah itu perlu dipersetujui semua ahli parti termasuk wakil rakyat kerana ia melibatkan beberapa perkara seperti keselamatan.

"Sesetengah wakil rakyat tidak mahu mengisytiharkan harta mereka kerana ia akan diketahui umum sehingga boleh mengancam keselamatan mereka dan keluarga," katanya ketika ditemui pemberita pada sambutan Tahun Baru Cina anjuran MCA Melaka di Dewan Sekolah Menengah Pay Fong di sini, Isnin.

Mohd Ali berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang juga Mursyidul Am PAS, akan kesediaan mengisytiharkan hartanya kepada SPRM jika peraturan memintanya berbuat demikian.

Nik Aziz berkata demikian ketika mengulas kenyataan Naib Presiden Pertubuhan Angkatan Generasi Muda Melayu Kelantan (AGENDA), Arif Hakimi Zulkifli yang mendesak beliau dan keluarganya mengisytiharkan aset mereka kepada SPRM bagi memastikan mereka benar-benar telus dan bersih daripada kegiatan rasuah.

Dalam perkembangan lain, Mohd Ali berkata kerajaan negeri akan membayar pampasan bernilai RM7.2 juta, Khamis ini kepada kira-kira 10 syarikat bas henti-henti di negeri itu yang terpaksa menghentikan operasi berikutan masalah kewangan.

Beliau berkata kerajaan negeri akan mengambil alih pengurusan bas henti-henti di Melaka di bawah kendalian PMCT, anak syarikat Perbadanan Ketua Menteri mengunakan jenama Panorama bermula 1 Februari ini.

"Kita telah pun temuduga semua pemandu bas dan semua bas akan ditukar secara berperingkat. Setakat ini kita ada 10 buah bas Panorama baru dan 131 buah lagi akan ditambah," katanya.

Katanya orang ramai tidak perlu bimbang terhadap perkhidmatan bas henti-henti kerana ia akan diperluaskan di semua jalan-jalan di seluruh negeri ini.

Pada majlis itu, seramai 5,000 rakyat tempatan daripada pelbagai kaum dan umur hadir dan tetamu dijamu dengan pelbagai hidangan seperti nasi lemak, rendang, nasi himpit dan kuih-muih.

Turut hadir Pengerusi MCA negeri Datuk Gan Tian Loo, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Negeri Pelajaran, Belia dan Sukan. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan