12 NGO Puas Hati Penjelasan NFC

Diterbitkan: Isnin, 23 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Wakil daripada 12 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) berpuas hati dengan penjelasan Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) berhubung dakwaan penyelewengan dana kerajaan oleh perbadanan itu.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali yang mewakili NGO tersebut berkata keputusan ini dicapai selepas mendengar penjelasan Pengerusi Eksekutif NFC Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail dalam pertemuan selama dua jam setengah bermula pada pukul 9.30 pagi di Hotel Putra di sini, Ahad.

"Sebelum ini kami turut keliru dengan isu NFC, tetapi selepas mendengar taklimat dan penjelasan daripada pengerusi eksekutif NFC sendiri, kami berpuas hati dan menerima penjelasan itu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis taklimat tersebut.

Antara NGO yang hadir ialah Majlis Usahawan Malaysia, Persatuan Anak Kelantan Malaysia, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Majlis Perundingan Malaysia dan Persatuan Pemikir Profesional Malaysia.

Ibrahim berkata mereka juga akan menerima segala keputusan yang dibuat oleh polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai kes itu.

Isu NFC, yang terlibat dalam projek 'Lembah Daging' di Gemas, Negeri Sembilan bagi meningkatkan pengeluaran daging tempatan dan mengurangkan pergantungan negara terhadap daging import, menjadi isu apabila Laporan Ketua Audit Negara 2010 pada Oktober tahun lepas menyatakan ia gagal memenuhi matlamat penubuhannya.

Berikutan dengan laporan Audit itu, pembangkang pula mendakwa berlaku penyelewengan dalam pengurusan dana tersebut, terutama berkaitan pembelian kondominium mewah di Lembah Klang. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan