Umno Gerak 63,000 Jentera Penerangan Di Seluruh Negara

Diterbitkan: Ahad, 22 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Lebih 63,000 jentera penerangan Umno akan digerakkan di seluruh negara bagi menyampai maklumat mengenai perkembangan negara menjelang pilihan raya umum nanti, kata Ketua Penerangan Umno Malaysia, Datuk Ahmad Maslan.

Beliau berkata, jentera itu akan turut dibantu oleh lebih 3.3 juta anggota Umno bagi memastikan rakyat dapat menilai sumbangan besar parti yang menunjangi pentadbiran negara.

Beliau memberitahu pemberita demikian sebelum mengadakan taklimat penerangan kepada Ketua-ketua Penerangan Umno bahagian di sini Sabtu.

Katanya, empat kaedah akan digunakan oleh jentera penerangan berkenaan dalam menyampaikan maklumat iaitu secara bersemuka, menerusi media cetak, media digital dan media elektronik.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, sebanyak 12 negeri telah dijelajah bagi menyampaikan taklimat berkaitan tugas yang perlu dilaksanakan oleh jentera penerangan parti. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan