Trafik Di Beberapa Bahagian Lebuh Raya Sesak

Diterbitkan: Ahad, 22 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Lebih banyak kenderaaan bergerak di Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) tengah hari Ahad dengan keadaan trafik dilaporkan sesak di beberapa bahagian apabila semakin ramai warga kota pulang ke kampung halaman masing-masing untuk merayakan Tahun Baru Cina.

Jurucakap PLUSLine ketika dihubungi Bernama berkata kenderaan bergerak perlahan di Km425 antara Bukit Beruntung dan Rawang, dan dari Slim River ke arah utara.

Beliau berkata keadaan trafik juga meningkat dari Putra Mahkota ke Seremban, Senai ke Skudai dan Sedenak ke Simpang Renggam.

"Bahkan laluan di Tambak Johor turut terjejas berikutan pertambahan jumlah kenderaaan terutamanya dari arah Singapura ke Malaysia," katanya.

Sementara itu, laman sesawang Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) melaporkan pergerakan trafik perlahan di bahagian selatan Lebuh Raya Utara-Selatan dari arah Kempas ke Skudai dan Nilai ke Seremban.

"Turut terjejas di bahagian utara lebuh raya di kedua-dua ke arah Jawi ke Juru dan Juru ke Jawi," katanya. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan