PLUS Tawar Rebat Tol Untuk Dua Hari Lagi

Diterbitkan: Ahad, 22 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pemandu mempunyai dua hari lagi untuk menikmati rebat tol yang ditawarkan oleh Plus Expressways Berhad (PLUS) sempena Tahun Baru Cina.

Rebat akan diberikan kepada pemilik kenderaan yang membuat perjalanan pada hari Isnin (23 Januari) dan Jumaat (27 Januari) dan membayar tol secara elektronik menggunakan PLUSMiles atau kad Touch n Go di lebuh raya kendalian PLUS.

Rebat telah diberikan lebih awal kepada mereka yang membuat perjalanan pada 19 Januari.

"Ini adalah cara kami memberi ganjaran kepada pelanggan-pelanggan kami pada musim perayaan ini dan merupakan sebahagian daripada usaha kami untuk menggalakkan orang ramai untuk beralih ke sistem pembayaran tol elektronik yang lebih mudah dan cepat," kata Pengarah Urusan PLUS Datuk Noorizah Abd Hamid.

Walau bagaimanapun, rebat tol tidak akan ditawarkan kepada mereka yang membayar tol elektronik di Bukit Kayu Hitam, Jambatan Pulau Pinang, Tanjung Kupang dan Bangunan Sultan Iskandar, katanya.

Rebat tol boleh ditebus di semua pusat perkhidmatan pelanggan PLUS di antara 1 Mac dan 31 Mei.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan