MCA Kedah Yakin Rampas Semula Kerusi Yang Kalah Pada Pilihan Raya 2008

Diterbitkan: Ahad, 22 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GURUN: MCA Kedah yakin dapat merampas semula kerusi Parlimen dan tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) yang mereka kalah pada pilihan raya umum (PRU) 2008.

Pengerusi MCA Kedah Datuk Chong Itt Chew berkata pihaknya yakin hasrat itu dapat dicapai dengan adanya senarai 70 peratus calon muka baru untuk dipilih bertanding pada pilihan raya akan datang.

Beliau berkata calon muka baru dicadang untuk diletakkan bertanding di Parlimen Padang Serai dan tiga kerusi DUN di Bakar Arang, Kota Darul Aman dan Kulim.

"Kita nak calon yang boleh menang, ikut arahan Presiden dan kita sering bagi laporan kepada Presiden dan saya tengok Presiden yakin dengan prestasi MCA Kedah, yakin boleh menang," katanya kepada pemberita pada majlis Jamuan Terbuka Layan Diri sempena Sambutan Tahun Baru Cina anjuran Dun Gurun, di sini, Sabtu, yang dihadiri kira-kira 2,000 orang terdiri daripada pelbagai kaum.

Beliau berkata kini bukan sahaja masyarakat Cina yang telah memberi sokongan padu kepada kepimpinan MCA, malah kaum Melayu dan India turut berbuat demikian.

Dalam perkembangan lain, Chong berkata MCA Kedah merayu agar Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek memikirkan semula hasrat beliau untuk tidak bertanding pada pilihan raya akan datang.

Chong berkata MCA Kedah berharap supaya Presiden MCA itu akan bertanding pada pilihan raya nanti kerana mereka yakin dengan kepimpinan beliau yang berkaliber dan telah membawa satu nafas baru kepada MCA.

"Kita yakin selama jadi presiden MCA beliau menunjukkan prestasi yang baik," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan