Jualan Kereta Meningkat, Ramai Mahu Beli Sebelum Tahun Baru Cina

Diterbitkan: Ahad, 22 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ketibaan Tahun Naga dalam masyarakat Cina tahun ini menjadi masa untuk kebanyakan mereka mengintai peluang membeli kenderaan baru.

Pada masa ini jugalah ramai yang menjual kereta mereka dan digantikan dengan yang baru.

Dalam masa yang sama mereka yang tidak pernah mempunyai kenderaan berkira-kira untuk membelinya menjelang Tahun Baru Cina.

Beberapa syarikat kenderaan melaporkan jualan pantas dicatatkan terhadap penjualan kereta, dengan beberapa jurujual turut kehabisan stok kerana permintaan menggalakkan.

Pemilik kereta Kingston Chua, 34, yang baru sahaja menandatangani perjanjian urusan jual beli Kia Forte berkata kehadiran kereta barunya dianggap hadiah dan bakal melengkapkan Tahun Baru Cina.

"Saya mahu membelinya pada Krismas tetapi rasanya lebih baik membelinya sekarang. Tahun 2012 adalah masa untuk saya untuk menggunakan kereta baru dan lebih baik berbanding kereta sebelum ini," kata pereka hiasan dalaman ini.

Pengerusi Eksekutif bersama kumpulan Naza Group, SM Nasarudin SM Nasimuddin berkata jualan kenderaan telah meningkat dan terdapat peningkatan dalam jumlah pengunjung bilik pameran disebabkan pengenalan model baru.

"Pelanggan telah membuat tempahan awal untuk mendapatkan kereta mereka pada bila-bila masa untuk digunakan pada Tahun Baru Cina," katanya.

Beliau berkata pelanggan menunjukkan minat yang lebih terhadap model Optima baru, Sportage dan Sorento untuk model Kia, begitu juga Peugeot 308 yang penjualannya memberangsangkan.

Proton Holdings Bhd melaporkan bahawa jualan meningkat sebanyak 10%.

"Model Exora baru dengan pantas menjadi pilihan utama untuk pengguna segmen kenderaan pelbagai guna (MPV) manakala Proton Saga sentiasa model terbaik dari segi penjualan kerana harga dan pakej," kata seorang pegawai syarikat berkenaan.

Proton memberi jaminan mempunyai stok yang mencukupi untuk memenuhi permintaan pelanggan sepanjang tempoh perayaan.

Honda Malaysia juga melaporkan peningkatan dalam jualan.

"Pelanggan mahu memiliki sebuah kereta baru untuk dinikmati menikmati bersama ahli-ahli keluarga mereka semasa musim perayaan," kata seorang pegawai, sambil menambah para pelanggan juga membuat pilihan membeli kereta baru yang didaftarkan pada tahun 2012 kerana nilai jualan semula akan lebih baik.

Model Hybrid Insight adalah paling laris dijual di kalangan pelanggan "berfikiran hijau".

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan