Tak Perlu Pinda Undang-Undang Jika Masih Jaga Kepentingan Rakyat - Najib

Diterbitkan: Sabtu, 21 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, apa jua undang-undang di negara ini tidak perlu dipinda sekiranya ianya masih dilihat mementingkan kesejahteraan rakyat.

Perdana Menteri berkata, apa jua undang-undang yang dilihat masih menjaga kepentingan rakyat di negara ini perlu dikekalkan.

"Apa pun undang-undang, dibuat atas kepentingan masyarakat, kalau kepentingan masyarakat mengatakan undang-undang itu masih wajar dikekalkan, jadi kita takkan pindalah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Ihsan Samudera, di sini, Sabtu.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam temubual dengan sebuah stesen televisyen luar baru-baru ini berkenaan perlunya pindaan terhadap undang-undang yang dilihatnya sebagai lapuk di negara ini.

Ditanya berkenaan perlunya undang-undang berkaitan mengaibkan musuh politik, Najib berkata: "Kita ada undang-undang di bawah "defamation" (fitnah), saman malu, kalau sesiapa yang mengaibkan orang lain tanpa asas boleh disaman," katanya.

Ditanya dakwaan Anwar bahawa tuduhan liwat yang dikenakan terhadapnya sebelum ini adalah bertujuan mengaibkan beliau, Najib berkata: "Tidak diaibkan, ini soal aduan yang dibuat oleh seorang individu, undang-undang di negara ini, semua orang ada hak, mana-mana tanpa kira kedudukan, ada hak yang sama," katanya. Najib turut menempelak parti pembangkang di negara ini yang disifatkan bersikap "double standard" (pilih kasih).

"Ada elemen "double standard", macam mereka cakap tentang demokrasi, tapi ada akhbar tertentu saja boleh hadir sidang akhbar mereka, dan ada akhbar yang disekat sama sekali.

"Walhal kalau kita percaya pada kebebasan kepada media, kenapa kita nak sekat media tertentu daripada hadir sidang akhbar, itu (sebagai) contohlah," katanya Najib.

Najib berkata, negara ini tidak boleh mengamalkan dua jenis undang-undang berbeza iaitu satu untuk pembangkang dan satu untuk kerajaan.

Mengulas kajian Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaysia (UMCEDEL) bahawa 43 peratus yakin kerajaan Barisan Nasional (BN) mengekalkan kuasa pada pilihan raya akan datang, Najib berkata: "Saya teruja kalau ada laporan sedemikian, tetapi apakah faktor-faktor yang menyebabkan mereka bersikap sedemikian?

"Salah satu mungkin mereka yakin dengan agenda nasional untuk bawa transformasi, menuju sebuah negara maju dan kita buktikan dalam tempoh tiga tahun ini banyak perubahan, begitu banyak idea baru, ini sedikit sebanyak membantu keyakinan rakyat kepada kerajaan," katanya.

Turut hadir bersama hampir 20,000 orang pada majlis itu ialah Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan