Suburkan Perpaduan Nasional - Najib - Berita Semasa | mStar

Suburkan Perpaduan Nasional - Najib

Diterbitkan: Sabtu, 21 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak rakyat Malaysia agar memperteguh semula tekad bagi mempertahan, mengukuh dan menyuburkan perpaduan nasional yang dibina selama ini secara bertatih berasaskan prinsip toleransi, penerimaan dan seterusnya meraikan kepelbagaian.

Dalam perutusan sempena Tahun Baru Cina yang dimuatkan dalam laman blog beliau, www.1Malaysia.com.my, pada Sabtu, Perdana Menteri berkata sempena hari bahagia itu, "sesungguhnya kebersamaan yang ada di antara kita adalah lebih besar daripada perbezaan yang wujud".

"Semua kita mendambakan masa depan yang lebih baik untuk diri dan anak-anak kita. Oleh itu marilah kita berusaha bersama-sama bagi memastikan masa depan yang sarat harapan untuk semua," katanya.

Najib seterusnya mengucapkan selamat Tahun Baru Cina kepada semua rakyat Malaysia yang meraikannya dan berharap semoga Tahun Naga itu akan membawa sinar harapan, kebahagiaan dan kemakmuran kepada mereka.

"Marilah kita meneruskan tradisi terbaik warga Malaysia dengan berkongsi sambutan dengan semua kaum.

"Bukalah pintu-pintu kediaman kita kepada semua rakyat Malaysia. Runtuhkanlah tembok-tembok pemisah dan pagar-pagar penghalang dan binalah jambatan penghubung antara hati-hati kita," katanya. BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan