Najib Bertemu Komponen BN Pahang

Diterbitkan: Sabtu, 21 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sabtu mengadakan pertemuan dengan kira-kira 300 pemimpin mewakili semua sayap komponen Barisan Nasional (BN) negeri Pahang. Pertemuan tertutup itu berlangsung lebih sejam di bangunan Yayasan Pahang di sini, sempena lawatan sehari Najib ke negeri ini.

Pada majlis itu, mereka melafazkan ikrar taat setia dan sokongan kepada Najib yang juga Presiden Umno dan Pengerusi BN.

Selain itu, difahamkan BN Pahang menyerahkan soal pemilihan calon untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang kepada Najib.

Terdahulu, Najib disambut dengan laungan bersemangat "Kami sayang PM, kami cinta PM, we love PM" oleh anggota Majlis Mahasiswa Anak-anak Pahang (Mampan) setibanya di bangunan yayasan itu.

Kumpulan mahasiswa itu turut menyampaikan memorandum kepada Najib, yang antara lain menyatakan sokongan padu kepada kepimpinan negara dan kepimpinan negeri.

Kandungan memorandum itu menyebut Mampan menolak sebarang bentuk demonstrasi jalanan kerana ia hanya menjejaskan imej dan ekonomi negara serta merosakkan infrastruktur awam dan menyusahkan rakyat.

Mereka juga menolak ideologi ekstremis yang dibawa sesetengah kelompok mahasiswa yang dilihat membelakangkan nilai-nilai murni mahasiswa.

Turut hadir pada pertemuan hari ini ialah Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob, Ahli Parlimen Bentong Datuk Seri Liow Tiong Lai, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (Bera), Datuk Saifuddin Abdullah (Temerloh), Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Muadzam Shah Datuk Maznah Mazlan dan Adun Sabai Datuk M.Davendran. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan