BR1M Bukti Komitmen Kerajaan Bantu Rakyat

Diterbitkan: Sabtu, 21 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Bagi penduduk di kawasan Parlimen Pulai yang terletak di dalam bandar raya Johor Baharu, pemberian wang tunai RM500 yang diberikan kerajaan menerusi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) amat dialu-alukan dan tepat pada masanya.

Anggota Parlimen Pulai Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata ini kerana kos sara hidup di Johor Baharu yang amat tinggi berikutan kedudukannya yang terletak bersebelahan dengan Singapura.

"Dengan kos sara hidup di Johor Baharu yang amat tinggi, penduduk memang menghargai dan mengalu-alukan Bantuan Rakyat 1Malaysia kerana ia amat membantu di dalam meringankan beban kehidupan mereka," katanya pada Sabtu.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyampaian BR1M kepada 287 penerima terdiri daripada masyarakat Cina tempatan di Dewan Hokkien, Jalan Mahmoodiah di sini.

Nur Jazlan, yang juga Pengerusi UDA Holdings Berhad, berkata kenaikan harga barangan tidak dapat dielakkan kerana ia merupakan fenomena di seluruh dunia dan bukan hanya di Malaysia, tetapi kerajaan telah berusaha sedaya-upaya menerusi pelbagai program untuk membantu rakyat di dalam meringankan beban mereka.

Katanya setiap tahun kerajaan mengeluarkan belanja besar menerusi pemberian subsidi terhadap barangan keperluan rakyat seperti minyak kenderaan, makanan dan lain-lain, di dalam usahanya meringankan beban rakyat.

"BR1M, pemberian subsidi dan program-program lain merupakan bukti komitmen berterusan kerajaan untuk membantu rakyat. Usaha kerajaan tidak terhenti setakat ini, malah akan berusaha lebih keras lagi untuk membantu rakyat," katanya.

Pengerusi Persatuan Hokkien Johor Baharu Datuk Teoh Poh Boon yang turut hadir, berkata usaha kerajaan menerusi BR1M harus dipuji kerana ia membantu meringan beban rakyat.

"Program pemberian wang tunai BR1M amat tepat kerana hanya beberapa hari lagi masyarakat Cina akan menyambut Tahun Baru Cina, kita ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan