Beberapa Laluan Lebuh Raya PLUS Bergerak Perlahan

Diterbitkan: Sabtu, 21 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Trafik menghala keluar ibu negara bergerak perlahan hari ini berikutan warga kota mula meninggalkan kediaman masing-masing untuk bercuti sempena Tahun Baru Cina yang akan disambut Isnin ini.

Jurucakap PLUSLine ketika dihubungi berkata berlaku peningkatan trafik di beberapa lokasi di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) menghala ke arah utara dan selatan.

Beliau berkata antara laluan yang dilapor bergerak perlahan ialah dari Nilai ke Seremban, Kota Damansara ke Bukit Lanjan, Sungai Buloh ke Bukit Tagar dan Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Tanjung Malim ke arah utara.

"Trafik mula perlahan dari Jawi ke Bukit Tambun kerana terdapat kemalangan yang berlaku menghala ke persimpangan plaza tol Bukit Tambun...di sebelah selatan trafik mula sesak di Lebuhraya Link Kedua menghala ke Johor Baharu namun pergerakan masih lancar," katanya.

Plus menasihatkan pengguna lebuh raya supaya merancang perjalanan mereka dengan bijak bagi mengurangkan risiko kemalangan dan kesesakan pada musim perayaan ini. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan