Polis Buat Kajian Kemalangan Sepanjang Ops Sikap Kali Ini

Diterbitkan: Jumaat, 20 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis akan membuat kajian terperinci setiap hari mengenai kes kemalangan yang berlaku semasa Ops Sikap kali ini bagi mengenal pasti punca kemalangan itu.

Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Salleh Mat Rashid berkata pihaknya akan mengadakan mesyuarat setiap hari bagi menganalisis punca dan jenis kemalangan yang berlaku semasa Ops sikap kali ini bagi memudahkan anggota polis melakukan penguatkuasaan secara berkesan.

"Apa yang saya lihat dari Ops Sikap yang masuk hari kelima ada penurunan dari segi kematian berbanding tahun lepas dan saya lihat ada keberkesanan dari segi penguatkuasaan yang kita gunakan.

"Kita akan guna pendekatan yang terbaik...polis ada menubuhkan satu team pemantau pada kali ini untuk memastikan keberkesanan Ops Sikap," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Ceramah Perdana Bulanan di Masjid Bukit Aman di sini Jumaat.

Ceramah yang disampaikan pendakwah bebas Ustaz Kazim Elias itu turut dihadiri Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dan timbalannya Datuk Seri Khalid Abu Bakar.

Salleh berkata, pengguna jalan raya sendiri harus sedar akan tanggungjawab mereka ketika berada di jalan raya dan tidak bergantung sepenuhnya kepada polis.

"Kami akan cuba sedaya-upaya untuk memastikan mereka (pengguna jalan raya) mematuhi peraturan...InsyaAllah kalau mereka semua patuh kepada arahan yang dikeluarkan, Ops Sikap kali ini akan mencatatkan penurunan," katanya.

Beliau berkata, Ops Sikap kali ini lebih memfokuskan kepada Jalan Persekutuan dan Jalan Bandaran yang mencatat banyak kemalangan semasa Ops Sikap lepas.

Beliau menasihatkan pengguna jalan raya agar sentiasa memberikan kerjasama kepada polis sepanjang Ops Sikap yang bermula 16 Jan lepas dan memandu secara berhemah pada musim perayaan ini. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan