Pasukan Khas Kaji Punca Kematian Dua Bayi Tersedak Susu

Diterbitkan: Jumaat, 20 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA KUBU BAHARU: Orang ramai diminta supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kematian dua orang bayi di sebuah pusat asuhan di Ampang, pada Khamis yang dipercayai akibat tersedak susu.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata satu pasukan khas terdiri daripada doktor pakar dari Hospital Kuala Lumpur telah diarah untuk menjalankan bedah siasat dan mengkaji punca kematian sama ada terdapat sebab lain seperti jangkitan bakteria atau sebagainya.

"Bila siasatan selesai kita akan dedahkan laporan bedah siasat itu kepada orang ramai," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Loji Pendobian Bukit Beruntung Faber Medi-Serve Sdn Bhd dekat sini, Jumaat.

Dalam kejadian petang Khamis, Muzaffar Mohd Faizal berusia tiga bulan setengah, dan seorang lagi bayi yang hanya dikenali sebagai Hariz, tujuh bulan, yang ditinggalkan di sebuah pusat asuhan di Taman Permata, Ampang, meninggal dunia dipercayai akibat tersedak susu.

Dalam perkembangan lain, Liow berkata sebanyak 481 kes demam denggi direkodkan bagi tempoh 8 Jan hingga 14 Jan lalu, meningkat 41 kes berbanding pada minggu sebelumnya.

Katanya berdasarkan statistik tersebut jelas menunjukkan berlaku peningkatan ketara dalam jumlah kes demam denggi di seluruh negara jika dibandingkan dengan tahun lalu.

"Jika kita lihat ada peningkatan bilangan kes pada tahun lalu dalam seminggu jumlah kes yang direkodkan ialah 200 ke 300 tapi untuk tahun ini dah cecah 400 lebih," katanya.

Menurut Liow peningkatan ketara itu mungkin disebabkan oleh cuaca yang tidak menentu dengan hujan dan banjir di beberapa negeri sejak akhir tahun lepas selain pergerakan pergi balik kampung oleh orang ramai sempena musim cuti perayaan.

"Pergerakan masyarakat boleh menularkan demam denggi ke tempat baru terutama jika yang pulang ke kampung itu menghidap demam denggi," katanya.

Liow juga berkata kementerian membelanjakan RM90 juta setahun untuk perkhidmatan linen dan pendobian bagi hospital kerajaan di seluruh negara melibatkan 51,000 tan linen.

Ia dikendalikan oleh tiga syarikat konsesi yang dilantik sejak perkhidmatan itu diswastakan pada 1997.

"Tujuan penswastaan perkhidmatan ini adalah untuk meningkatkan kualiti pengurusan linen-linen di hospital selain mewujudkan peluang pekerjaan," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan