Kutipan Tol Di Laluan Kaut Untung Besar Patut Dimansuh - DAP

Diterbitkan: Jumaat, 20 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, kerajaan patut memansuhkan kutipan tol oleh syarikat konsesi di lebuh raya yang telah mengaut keuntungan besar.

Beliau memberi contoh, kos pembinaan Lebuhraya Utara-Selatan bernilai RM5.945 bilion tetapi kutipan tol sejak 1980 telah mencecah RM23.531 bilion dan ini belum termasuk bayaran pampasan diterima daripada kerajaan yang berjumlah RM735.22 juta.

"Jadi DAP berpendapat, RM18.3 bilion merupakan satu keuntungan besar," katanya dalam sidang media di sini, Khamis.

Lim berkata, walaupun mencatat keuntungan sebanyak 308 peratus, syarikat tersebut masih dibenarkan untuk mengutip tol sehingga 31 Disember 2038.

"Terdapat beberapa syarikat yang mengaut keuntungan besar dan ini adalah prinsip yang kita bantah," katanya lagi.

Jelas Lim, beliau menerima maklumat dalam jawapan bertulis kepada pertanyaannya terhadap kos pembinaan lebuh raya itu, jumlah tol yang dikutip dan pampasan diterima yang diajukan kepada Menteri Kerja Raya di Parlimen tahun lalu.

Katanya, angka itu semua adalah untuk tempoh sehingga 31 Disember 2010.

Menurut beliau lagi, daripada angka yang beliau terima, syarikat konsesi Lebuhraya Metramac memperoleh keuntungan sebanyak RM394.65 juta atau 877%, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (RM911.55 juta atau 202%), Lebuhraya Damansara-Puchong (RM1.613 bilion atau 147%), Lebuhraya Cheras-Kajang (RM404 juta atau 141%) dan Jambatan Pulau Pinang (RM924 juta atau 98%).

Lim berkata, kutipan tol itu sepatutnya dimansuhkan untuk syarikat-syarikat yang sudah pun mengaut keuntungan besar.

"Tindakan tersebut akan membantu mengurangkan inflasi," katanya.

Lim turut mencabar Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop untuk berbahas mengenai dakwaannya bahawa pemansuhan kutipan tol boleh menyebabkan Malaysia bankrap.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan