Kompaun Lewat Daftar Kelahiran Dikecualikan Berkuatkuasa Serta Merta

Diterbitkan: Jumaat, 20 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Bayaran kompaun RM50 untuk pendaftaran kelahiran yang dikemukakan melebihi tempoh 42 hari kini dikecualikan di seluruh negara, berkuat kuasa serta-merta.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Tan Sri Mahmood Adam berkata keputusan itu dibuat berdasarkan Seksyen 38 Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 dan Seksyen 17 Ordinan Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1951 (Sabah, Bab 123).

Berdasarkan peraturan sedia ada, pendaftaran kelahiran perlu dibuat dalam tempoh satu hingga 14 hari dan bayaran proses adalah percuma, manakala pendaftaran yang dibuat melebihi tempoh tersebut tetapi kurang 42 hari akan dikenakan bayaran proses RM5.

Bagaimanapun, untuk permohonan yang dikemukakan selepas 42 hari tempoh kelahiran, pemohon akan dikenakan RM10 untuk bayaran proses, selain dikompaun RM50, katanya dalam kenyataan di sini.-BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan