K'jaan P.Pinang Bertegas Tidak Sertai Konsortium Pengswastaan Sisa Pepejal Persekutuan

Diterbitkan: Jumaat, 20 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUTTERWORTH: Kerajaan Pulau Pinang tidak akan berganjak daripada keputusan mereka untuk tidak terlibat dengan projek penswastaan sisa pepejal dan perkhidmatan pembersihan awam yang dilantik oleh Kerajaan Persekutuan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Trafik Negeri, Chow Kon Yeow berkata, perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan negeri sudah cukup memadai dan tidak memerlukan perkhidmatan swasta yang disyorkan oleh kerajaan pusat.

“Kita tidak nafikan pengurusan sisa pepejal adalah satu pengurusan yang rumit tetapi ini tidak bermakna kita tidak mampu mengendalikannya, " katanya selepas menyampaikan apron dan topi kepada para penjaja di Pasar Bagan Ajam di sini Jumaat.

Pada 13 Januari lalu, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chor Chee Heung menggesa Selangor dan Pulau Pinang supaya menerima cadangan penswastaan pungutan sisa pepejal dan sampah yang dicadangkan oleh kerajaan pusat kerana ia tiada kaitan dengan gimik politik.

Chor juga menegaskan bahawa beliau tidak faham mengapa kedua-dua kerajaan negeri itu enggan mengambil bahagian dalam projek penswastaan yang dicadangkan oleh pusat sedangkan Kerajaan Kelantan juga sedang menimbang untuk menyertai konsortium itu.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan