Kekuatan Melayu Berasaskan Pemikiran Rasional: Muhyiddin

Diterbitkan: Jumaat, 20 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengaruh pemikiran rasional yang disumbangkan oleh Islam kepada bangsa Melayu telah menjadikan Melayu sebagai bangsa yang maju, moden dan "accommodative" (bertolak ansur), kata Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata melalui pendekatan yang rasional, para pemimpin terdahulu telah berjaya mendapatkan kemerdekaan untuk negara dan mewujudkan kerjasama politik pelbagai kaum untuk mentadbir negara ini secara bersama.

"Melalui pendekatan yang rasional juga, kita berjaya mengharungi beberapa episod hitam dalam sejarah hubungan kaum di negara kita dan kemudiannya sama-sama bangkit untuk membina kekuatan sebagai sebuah negara bangsa yang maju dan bersatu padu," katanya ketika merasmikan Konvensyen Asal Usul Melayu -Induknya Di Alam Melayu di sini, Jumaat.

Beliau berkata yang lebih penting, melalui pemikiran yang rasional juga telah membolehkan bangsa Melayu dan kaum-kaum lain di negara ini menerima perbezaan sebagai sebahagian daripada fitrah kehidupan dalam sebuah masyarakat majmuk yang rencam budaya, agama dan tradisi.

"Kita tidak menjadikan perbezaan dan kepelbagaian sebagai penghalang kepada tekad dan iltizam kita untuk hidup secara bersama dalam suasana yang aman dan harmoni.

"Sebaliknya, dengan semangat perpaduan dan penerimaan antara kaum, kita menjadikan kepelbagaian Malaysia sebagai aset utama untuk membina sebuah negara bangsa yang padu," katanya.

Muhyiddin berharap konvensyen yang julung kali diadakan itu dapat mengupas unsur-unsur positif dalam sejarah ketamadunan dan kebudayaan Melayu yang dapat menyumbang kepada kemajuan bangsa Melayu dan kerukunan hidup masyarakat pelbagai kaum dan agama di negara ini dan juga di alam Melayu.

"Dengan mengetengahkan unsur-unsur positif ini, kita pastinya akan dapat menyuntik semangat baru kepada bangsa Melayu untuk terus mara melangkah ke hadapan dengan semangat yang kental dan jitu demi mencipta kegemilangan masa kini dan masa hadapan," katanya.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan