Jawatankuasa Khas Pengiklanan Pantau Iklan Kelirukan Pengguna

Diterbitkan: Jumaat, 20 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BERA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menubuhkan sebuah jawatankuasa khas pengiklanan yang akan membentuk satu peraturan bagi melindungi pengguna daripada semua bentuk iklan yang mengelirukan.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, jawatankuasa itu kini dalam peringkat akhir menyiapkan draf berkaitan peraturan itu membabitkan penyertaan pihak industri dan pertubuhan bukan kerajaan.

"Tujuan peraturan itu dibuat berikutan ramai pengguna didapati keliru dengan tawaran iklan yang dibuat," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) peringkat Parlimen Bera di Bera, di sini, Jumaat.

Ismail Sabri berkata, draf berkenaan dijangka siap sepenuhnya pada Jun.

Beliau berkata, dengan adanya peraturan itu yang akan diletakkan di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999, peniaga perlu merujuk kepada peraturan berkenaan sebelum mengadakan pelbagai tawaran menarik atau pengiklanan. - BERNAMA HSM MS SN

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan