3,886 PATI, 106 Majikan Dikenakan Tindakan Dibawah Program 6P

Diterbitkan: Jumaat, 20 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebanyak 3,886 pendatang tanpa izin dan 106 majikan yang diperiksa dalam operasi 6P oleh Jabatan Imigresen telah dikenakan pelbagai tindakan.

Jumlah itu adalah daripada sejumlah 35,323 pekerja/pendatang tanpa izin yang diperiksa dalam operasi itu.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) Tan Sri Mahmood Adam berkata berdasarkan statistik itu 823 pendatang tanpa izin dan empat majikan didakwa di mahkamah, 580 pendatang tanpa izin diusir dari negara ini, 257 pendatang tanpa izin dan 24 majikan dikenakan kompaun dan 1,452 pendatang tanpa izin serta 52 majikan masih dalam siasatan.

"Sehingga hari ini jumlah pendatang tanpa izin yang melalui proses pemutihan dan pengampunan ialah 341,956 orang, manakala 26,760 majikan telah hadir di lapan pusat setempat Program 6P sejak proses pemutihan bermula 10 Okt tahun lepas," katanya dalam kenyataan di sini, Khamis.

Beliau berkata daripada jumlah itu, angka paling tinggi dicatatkan pusat setempat ialah Jabatan Imigresen Putrajaya yang merekodkan 15,391 permohonan majikan bagi pemutihan 126,960 pendatang tanpa izin, diikuti Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) Seberang Jaya, Pulau Pinang (3,507 majikan, 11,057 pendatang tanpa izin), Kompleks KDN Johor Baharu (2,122 majikan, 8,928 pendatang tanpa izin).

Yang lain ialah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Putrajaya (2,125 majikan, 8,334 pendatang), Jabatan Imigresen Presint 15 (823 majikan, 4,305 pendatang), Kompleks KDN Kuantan, Pahang (1,339 majikan, 4,065 pendatang), Kompleks KD NJalan Duta (759 majikan, 4,036 pendatang) dan Jabatan Imigresen Pelabuhan Klang (694 majikan, 2,483 pendatang).

KDN memulakan proses penguatkuasaan Proses Pemutihan di bawah program 6P pada 10 Okt 2011 hingga 10 Jan tahun ini. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan