Tujuh Cadangan PSC Akan Dilaksana Pada PRU-13 - SPR

Diterbitkan: Khamis, 19 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersetuju melaksanakan tujuh daripada 10 cadangan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Penambahbaikan Pilihan Raya (PSC) pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13)akan datang.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, baki tiga lagi cadangan iaitu melibatkan pengundi luar kawasan, pertukaran kawasan pendaftar dan pengundi tidak hadir yang berada di luar negara masih dalam kajian SPR.

"Tujuh cadangan yang akan dilaksanakan pada PRU ke-13 termasuk penggunaan dakwat kekal, pengundian awal bagi anggota polis dan tentera serta pasangan masing-masing, memanjangkan tempoh pameran Rang Daftar Pemilih Tambahan dari tujuh hari kepada 14 hari, pemansuhan proses bantahan dan tempoh penarikan diri pencalonan serta pembersihan daftar pemilih," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas taklimat kepada pegawai pengurus dan penolong pengurus pilihan raya sempena persiapan PRU-13 di sini, Khamis.

Katanya, jawatankuasa itu yang dibentuk Ogos lalu telah menamatkan sesi pendengaran awam yang dijalankan ke seluruh negara Jumaat lepas di Johor Bahru.

"Kita difahamkan laporan akhir daripada jawatankuasa tersebut akan dibentangkan di Parlimen pada persidangan Dewan Rakyat Mac nanti," katanya.

Sebelum ini 10 cadangan dalam laporan awal oleh jawatankuasa itu telah dibahas dan diterima oleh Parlimen.

Berhubung pembersihan daftar pemilih, beliau berkata SPR telah mengemukakan senarai 12.4 juta pengundi berdaftar kepada MIMOS Berhad bagi tujuan tersebut awal bulan ini.

"Kita tidak meletakkan tarikh akhir bagi pihak MIMOS tetapi kita harap ia akan selesai sebelum laporan akhir PSC dibentang di Parlimen Mac nanti," katanya.

Mengenai kebimbangan jika terdapat pihak yang masih tidak berpuas hati berhubung pelaksanaan cadangan berkenaan, Abdul Aziz berkata, mereka boleh mengemukakan cadangan tersebut menerusi semua medium kepada SPR termasuk menulis surat.

"Mereka telah diberikan platform yang seluas-luasnya untuk mengemukakan cadangan atau bantahan menerusi jawatankuasa yang telah dibentuk...apa yang kita buat adalah bertindak atas jawatankuasa yang telah dibentuk," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, SPR pada bulan lepas menamatkan perkhidmatan 24 Penolong Pendaftar Pemilih manakala 67 lagi diberi amaran akibat pelbagai kesilapan termasuk mendaftarkan pemilih mengikut alamat yang tidak wujud, menggunakan alamat yang terlalu umum dan mendaftar pemilih yang belum cukup umur. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan