Projek ERL Ke KLIA2 Dijangka Siap Okt Ini

Diterbitkan: Khamis, 19 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Projek sambungan landasan laluan kereta api Express Rail Link (ERL) Sdn Bhd dari Bangunan Terminal Utama Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke terminal lapangan terbang baru, KLIA2 dijangka siap sepenuhnya Oktober ini.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, bagaimanapun laluan ERL itu hanya boleh digunakan selepas KLIA2 siap sepenuhnya pada 2013 nanti.

"Projek ini sudah 25 peratus siap dan ia dijangka akan siap sepenuhnya pada hujung Oktober nanti tetapi perkhidmatan sambungan ini akan dapat digunakan selepas KLIA2 mula beroperasi," katanya kepada pemberita selepas melawat tapak projek KLIA2 di sini.

Kong berkata, projek sambungan ERL ini yang menelan belanja RM100 juta akan memudahkan orang ramai untuk pergi dari KLIA ke KLIA2 dan seterusnya meningkatkan jumlah penumpang-penumpang yang menggunakan perkhidmatan ERL ini.

"Sekarang ini tidak ada perkhidmatan landasan yang menyambungkan di antara LCCT dan KLIA. Dengan projek sambungan ini diharap bilangan penumpang-penumpang yang menggunakan ERL akan meningkat," katanya.

Beliau berkata, sehingga kini 37 juta orang telah menggunakan perkhidmatan ERL itu.

Projek ini dijangka mengambil masa selama 15 bulan setengah dan dijangka siap sepenuhnya pada akhir Oktober 2012.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan