Polis KL Sedia Kurangkan Jenayah Pada Musim Perayaan

Diterbitkan: Khamis, 19 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis Kuala Lumpur bersiap sedia menghadapi musim perayaan bagi mengelak peningkatan kejadian jenayah sepanjang musim perayaan Tahun Baru Cina pada Isnin depan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, program tinjauan mesra di Setapak Prima pada Khamis bertujuan mengeratkan lagi hubungan polis dengan orang awam kerana kerjasama mereka amat penting bagi mengurangkan kadar jenayah setempat.

"Program ini juga melibatkan profil kepolisan tinggi iaitu penglibatan pegawai tinggi polis yang turun padang untuk mengeratkan hubungan antara polis dengan orang ramai.

"Ini adalah untuk mengembalikan keyakinan orang ramai terhadap polis dan saya menggesa pemimpin tempatan dan ketua kaum untuk menganjurkan lebih banyak program seperti ini, dan polis sentiasa bersedia untuk melibatkan diri," katanya pada sidang akhbar mengenai kempen pencegahan jenayah sempena balik kampung Tahun Baru Cina, Rabu.

Beliau berkata, usaha tinjauan mesra dan profil kepolisan tinggi ini terletak di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan merupakan dua aspek yang diberi penekanan untuk polis lebih giat menurunkan kadar jenayah dengan sokongan padu orang awam.

"Sejak diperkenalkan pada 2010 sehingga kini, hampir 47 peratus kadar jenayah di sekitar ibu kota berjaya dikurangkan, dan saya berharap orang awam akan bekerjasama untuk menyalurkan maklumat sekiranya terdapat kejadian jenayah di sekitar mereka," katanya.

Mohmad berkata, jumlah pegawai dan anggota polis yang bertugas pada perayaan Tahun Baru Cina Isnin depan adalah mencukupi bagi melaksanakan tugas mencegah jenayah.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan bilangan anggota yang terlibat.

Katanya, program itu akan diteruskan pada masa akan datang kerana sambutan orang awam yang amat baik sejak dianjurkan pada perayaan Aidil Fitri dan Deepavali lepas. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan