PKR Sedia Jumpa Shahrizat Di Mahkamah

Diterbitkan: Khamis, 19 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) sedia berhadapan dengan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil di mahkamah berhubung isu yang melibatkan Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).

Malah Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli tetap mempertahankan pendedahannya sebelum ini berhubung isu dakwaan penyelewengan dalam syarikat milik keluarga Shahrizat yang dipengerusikan suaminya, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail.

"Saya yakin bahawa semua pendedahan yang dibuat setakat ini adalah benar belaka kerana ia berdasarkan maklumat kewangan dan operasi yang dibocorkan dari dalam NFC sendiri. Sebelum memulakan siri pendedahan skandal, pasukan kami telah pun berbincang dengan peguam-peguam PKR mengenai kemungkinan dikenakan tindakan saman.

"Peluang ini memang telah ditunggu-tunggu agar kami boleh menggunakan kuasa mahkamah untuk mencari kebenaran sejauh manakah berlakunya penyelewengan di dalam NFC, selain dari yang didedahkan setakat ini," katanya menerusi satu kenyataan di sini, Khamis.

Shahrizat melalui peguam terkemuka Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah telah memfailkan saman fitnah menuntut ganti rugi bernilai RM100 juta terhadap Mohd Rafizi dan Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin di Mahkamah Tinggi di sini, Khamis.

Menerusi writ saman yang difailkan itu, Shahrizat menuntut ganti rugi am disebabkan fitnah secara lisan yang memudaratkan berjumlah RM50 juta serta ganti rugi teruk dan teladan berjumlah RM50 juta lagi.

Mengulas lanjut mengenai perkembangan terbaru ini, Mohd Rafizi menyifatkan tindakan saman berkenaan merupakan langkah politik bagi menutup mulut beliau dan Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang daripada terus membuat pendedahan.

"Risikonya memang lebih berat di pihak saya dan Zuraida yang berdepan dengan kemungkinan muflis jika kalah, sedangkan Datuk Seri Shahrizat hanya perlu membayar kos guaman dan pentadbiran jika saman beliau ditolak.

"Tetapi jika pimpinan Umno seperti Datuk Seri Shahrizat beranggapan mereka boleh menutup mulut dan akal rakyat seperti saya dengan mengemukakan saman seperti ini, mereka tersilap besar.

"Peluang di mahkamah kelak akan digunakan sepenuhnya untuk membongkar lebih banyak penyelewengan dan bakal diikuti oleh lebih ramai rakyat," katanya.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan