PAS Dipijak, Jadi Parti 'Pak Turut' - Dr Hasan Ali

Diterbitkan: Khamis, 19 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali menyifatkan maruah PAS sebagi sebuah parti Islam telah dipijak dan parti itu kini hanya menjadi 'pak turut' kepada komponen Pakatan Rakyat di Selangor.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia itu, keputusan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengambil alih portfolio Hal Ehwal Agama yang sebelum ini disandangnya dilihat ganjil dan pelik serta memberi tamparan hebat kepada imej dan kedudukan PAS bersama komponen PKR dan DAP.

"Rombakan tersebut menggambarkan yang Adun PAS yang ada sekarang dilihat sebagai tidak layak dan tidak berkemampuan untuk memikul portfolio penting yang telah saya pikul sebelum ini.

"Sayangnya dengan rombakan yang terbaru ini, maruah PAS sebagai sebuah parti Islam telah dipijak. Lebih menyedihkan apabila kepimpinan PAS Selangor sekarang ini dilihat redha dengan rombakan tersebut malah menyanjung tinggi keputusan tersebut tanpa sebarang bantahan.

"Sekali lagi masyarakat melihat PAS terpaksa menjadi pak turut kepada parti komponen Pakatan Rakyat yang lain," katanya menerusi kenyataan media di sini, Khamis.

Beliau mengulas mengenai rombakan kecil Exco Kerajaan Negeri Selangor yang dibuat pada Rabu berikutan pelantikan Adun Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi sebagai Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor yang baru mengantikannya.

Bagaimanapun, Dr Ahmad Yunus diberi tanggungjawab mempengerusikan portfolio Adat-adat Melayu, Belia dan Sukan.

Manakala portfolio Hal Ehwal Agama, Infrastruktur dan Kemudahan Awam yang sebelum ini disandang Dr Hasan telah diambil alih oleh menteri besar sendiri.

Mengulas lanjut, Dr Hasan yang dipecat daripada PAS dua minggu lalu melahirkan kebimbangan terhadap masa depan Islam dan akidah umat umat Islam apabila sesuatu jawatan itu dipertanggungjawabkan kepada individu yang tidak berkelayakan.

"Saya khuatir apabila memikirkan sebuah hadis Nabi yang menggambarkan saat kehancuran akan tiba apabila sesuatu jawatan diserah kepada bukan ahlinya akan menjadi kenyataan.

"Saya masih ingat pesanan dan amanat Presiden PAS sewaktu penubuhan kerajaan Negeri Pakatan Rakyat di Selangor pada tahun 2008 yang lalu, telah meminta saya dan kepimpinan PAS Selangor pada waktu itu memastikan portfolio agama di pegang oleh PAS dan PAS mesti mempertahankannya.

"Bagi saya portfolio Hal Ehwal Islam khususnya adalah di antara portfolio penentu berhubung dengan kesejahteran rakyat di negeri ini. Hanya Islam sahaja yang dapat menjamin kehidupan yang akan memacu kejayaan di dunia dan kejayaan di akhirat," katanya.

Mengulas mengenai pelantikan Adun Rawang, Gan Pei Nei dan Ahli Lembaga Pengarah Kumpulan Semesta Sdn Bhd, V. Ganabatirau sebagai pegawai khas bagi membantu menteri besar melaksanakan tugas beliau dalam portfolio infrastruktur dan kemudahan awam, Dr Hasan menyifatkan tindakan itu adalah tidak wajar.

Menurut Dr Hasan, beliau risau masa depan kontraktor bumiputera di Selangor akan terabai apabila portfolio berkenaan diuruskan oleh pemimpin bukan bumiputera.

"Saya tidak nampak kewajaran tindakan tersebut. Saya khuatir apabila memikirkan masa depan kontraktor-kontraktor bumiputera terutamanya kelas F yang terkial-kial mencari rezeki di bumi Selangor.

"Lebih-lebih lagi Adun Sri Andalas, Dr Xavier Jayakumar pernah mengatakan bahawa kerajaan negeri telah memutuskan untuk membuka luas penyertaan projek-projek yang dimajukan oleh kontraktor kelas F kepada semua kaum.

"Walhal kelas F sejak dari awal penubuhannya adalah dikhususkan untuk bumiputera," kata beliau.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan