Krisis Hutang Eropah Tidak Akan Jejas Dagangan Dua Hala Jerman-Malaysia

Diterbitkan: Khamis, 19 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dagangan dua hala antara Jerman dan Malaysia dijangka kekal berdaya tahan meskipun dengan keadaan krisis hutang zon Euro yang berlaku pada masa ini, kata Duta Jerman Dr Guenter Gruber.

"Kami percaya dagangan kami dengan Malaysia akan kekal kukuh, disokong oleh ekonomi berdaya tahan Malaysia dan Keluaran Dalam Negara Kasarnya (KDNK) yang dijangka kekal sekitar 5.0 peratus tahun ini, kata beliau sambil menambah yang sentimen positif itu turut dirangsang oleh tinjauan cerah untuk ekonomi Asia.

"Jerman ialah pelabur Eropah yang utama di sini dan kami telahpun membina hubungan ekonomi yang kukuh dengan Malaysia," kata Dr Gruber kepada pemberita di sini Khamis.

Beliau berkata yang Jerman dan Malaysia telah mencatatkan dagangan dua hala sebanyak 10 bilion euro pada 2010.

"Tahun lepas, kami hampir mencatatkan nilai yang sama dan kami yakin mencapai angka itu tahun ini," tambah beliau.

Dr Guber juga berkata yang Jerman telah melabur dalam teknologi perubatan, solar, bahan baharu seperti karbon, rumusan teknologi maklumat dan sektor-sektor lain seperti perkhidmatan, logistik dan kelengkapan di Malaysia.

"Lagipun, kami melihat sektor pelancong Malaysia menawarkan peluang pelaburan yang baik untuk para pelabur Jerman, sama seperti Thailand," tambah beliau.

Mengulas mengenai perkembangan krisis hutang Eropah, beliau berkata terdapat peningkatan positif sejak beberapa bulan lepas.

"Pasaran ekuiti dan modal telah meningkat dan ini adalah satu tanda baik. Krisis itu akan berakhir tetapi ia akan mengambil masa," tambah beliau. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan