Isu NFC: Shahrizat Saman Zuraida, Rafizi RM100 Juta

Diterbitkan: Khamis, 19 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pada Khamis memfailkan saman fitnah menuntut ganti rugi RM100 juta terhadap Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamaruddin dan Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli berhubung isu Pusat Fidlot Nasional (NFC).

Saman tersebut difailkan peguam terkemuka Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Jalan Duta di sini.

Shahrizat menuntut ganti rugi am disebabkan fitnah secara lisan yang memudaratkan berjumlah RM50 juta serta ganti rugi teruk dan teladan berjumlah RM50 juta.

Menerusi writ saman tersebut, Shahrizat yang juga Ketua Pergerakan Wanita Umno memohon perintah injuksi bagi menghalang kedua-dua defendan daripada terus membuat sebarang pernyataan atau kenyataan secara bertulis terhadapnya berkaitan NFC atau syarikat-syarikat bersekutunya.

Berdasarkan penyataan tuntutan yang difailkan, Shahrizat sebagai plaintif tidak pernah memiliki sebarang ekuiti mahupun memegang jawatan sebagai pengarah di NFC, Agro-Science Industry Sdn Bhd atau mana-mana syarikat yang bersekutu.

NFC dipengerusikan suami Shahrizat, Datuk Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail manakala Agro-Science Industry Sdn Bhd adalah syarikat induk yang memiliki hampir kesemua saham terbitan Perbadanan Fidlot Nasional atau NFCorp dengan satu saham 'preference' dipegang kerajaan Malaysia.

Pada 2006, Kementerian Pertanian menganugerahkan pembinaan projek Fidlot Nasional kepada Agro-Science Industry Sdn Bhd dan Lamberts Agriculture Trade Sdn Bhd.

Bagaimanapun Lamberts Agriculture Trade Sdn Bhd manarik diri dan projek berkenaan hanya dianugerahkan kepada Agro-Science Industry Sdn Bhd melalui NFC.

Dinyatakan juga bahawa keputusan atau isu penganugerahan projek ini tidak pernah dibawa ke kabinet dan oleh itu Shahrizat tidak menyertai atau mempengaruhi proses penganugeahan projek.

Penyataan tuntutan itu juga menyebut bahawa Shahrizat tidak mempengaruhi Kementerian Pertanian atau komiti khas untuk projek berimpak tinggi dalam proses pemilihannya.

Shahrizat juga menegaskan bahawa beliau tidak pernah memegang apa-apa jawatan dalam NFC dan juga tidak memainkan sebarang peranan di dalam proses penganugerahan projek ini kepada Agro-Science Industry Sdn Bhd.

Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang serta Rafizi telah dikatakan secara konsisten melancarkan satu kempen untuk menyerang dan memfitnah Shahrizat sejak November 2009 selaku Ketua Pergerakan Wanita Umno, menteri dan beliau sendiri sebagai seorang individu.

Akibat daripada pelbagai tuduhan dan fitnah, Shahrizat telah menjadi bahan cemuhan dan tohmahan orang ramai, rakyat, ahli-ahli parti serta ahli kerajaan.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan