Hubungan Rapat Malaysia-China Diharap Bertambah Kukuh:TPM

Diterbitkan: Khamis, 19 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap hubungan dua hala yang rapat antara Malaysia dan China akan bertambah kukuh.

Beliau berkata sejak Malaysia dan China memulakan hubungan diplomatik pada tahun 1974, kedua-dua negara telah menikmati hubungan dua hala yang baik dalam politik, perniagaan dan perdagangan.

"Saya harap Tahun Baru Cina ini akan menandakan satu lagi pencapaian baru dalam hubungan dua hala antara Malaysia dan China," katanya dalam temu bual dengan XinHua News Agency dan CCTV (China TV) pada Festival Tahun Baru Lunar 2012 di sini Khamis.

Muhyiddin turut mengambil kesempatan mengucapkan "Selamat Tahun Baru Cina' kepada semua masyarakat China di negara itu.

Ketibaan Muhyiddin pada festival itu disambut dengan tarian naga dan singa. Turut hadir Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Terdahulu dalam ucapannya, Duta Besar China ke Malaysia Chai Xi berkata di kalangan negara-negara Asean, Malaysia kekal sebagai rakan perdagangan terbesar China bagi tempoh empat tahun berturut-turut.

Beliau berkata tahun Naga yang disambut tahun ini mempunyai keistimewaan penting dalam budaya masyarakat China, yang melambangkan inovasi, kekuatan, keyakinan dan kejayaan.

"Saya mempunyai keyakinan bahawa dengan semangat naga yang kuat dan usaha oleh kedua pihak, hubungan China-Malaysia pasti akan mencapai kejayaan yang lebih besar dalam tahun-tahun akan datang," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan