Bukan Wajib Bagi Menteri Kabinet, Ahli Keluarga Isytihar Aset Kepada SPRM - Nazri

Diterbitkan: Khamis, 19 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Menteri-menteri Kabinet dan ahli-ahli keluarga mereka tidak seharusnya tertakluk kepada syarat-syarat ketat seperti mengisytiharkan aset kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kata Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

“Anggota-anggota Kabinet dan isteri-isteri mereka tidak wajib untuk mengisytiharkan aset mereka kepada SPRM. Kita hanya perlu melakukannya (pengisytiharan) kepada Pedana Menteri,” katanya di sini, Khamis.

“Tugas SPRM hanya melakukan siasatan sekiranya terdapat sebarang penyelewengan… itu sahaja,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagaimanapun menerima baik cadangan SPRM itu.

“Kami tidak mempunyai masalah terhadap perkara itu. Semua anggota Kabinet perlu mengisytiharkan aset mereka kepada Perdana Menteri dan kami menyokong sepenuhnya cadangan daripada SPRM,” katanya kepada pemberita pada mesyuarat bulanan kementerian itu, Khamis.

SPRM pada Rabu berkata, salinan fail pengisytiharan aset anggota Kabinet dan isteri-isteri mereka serta ahli keluarga yang lain perlu diserahkan kepada Perdana Menteri.

Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah, Puan Sri Zaitun Zawiyah Puteh berkata, suruhanjaya itu mengemukakan cadangan tersebut kepada Datuk Seri Najib Tun Razak dalam mesyuarat pada 12 Disember lalu dan dilihat menerima idea berkenaan.

“Kami mencadangkan supaya satu salinan pengisytiharan aset semua anggota pentadbiran persekutuan perlu diberikan kepada suruhanjaya. Kami (seterusnya) mencadangkan isteri-isteri mereka dan ahli keluarga yang lain dikehendaki untuk memaklumkan aset mereka melalui akuan berkanun dan rekod disimpan oleh SPRM,” tambahnya lagi.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan