Bernas Terbitkan Iklan TV & Media Cetak Berkaitan TBC

Diterbitkan: Khamis, 19 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Buat pertama kalinya, Padiberas Nasional Bhd (Bernas), melancarkan kempen iklan cetak dan komersil televisyen Tahun Baru Cina (TBC)sebagai sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporatnya untuk menekankan kefahaman tentang pentingnya beras dalam kehidupan seharian.

Iklan "Reunion Sek Fan" disiarkan semalam di TV3 dan beberapa akhbar harian utama berbahasa Cina dan Inggeris bermula Isnin.

Iklan itu akan disiarkan sehingga akhir bulan ini selang antara program di semua stesen televisyen berbahasa Cina dan bahasa lain.

"Beras bukan hanya sekadar makanan asasi rakyat Malaysia tetapi ia adalah elemen penting dalam budaya Malaysia yang menyatukan semua rakyat, mencerminkan konsep 1Malaysia, lebih-lebih lagi semasa sambutan perayaan.

"Oleh itu beras memainkan peranan penting semasa makan malam, perjumpaan keluarga pada Hari Raya Cina dan iklan itu, memaparkan hubungan renggang antara anak lelaki dan ibu bapanya, yang berlaku semasa waktu makan.

"Ia satu kisah yang memberi inspirasi yang pada akhirnya memberikan mesej penting bahawa hubungan kekeluargaan akan kekal selamanya, tidak kira apa juga masalah yang berlaku antara kita," demikian menurut sinopsis dan rasional yang disediakan oleh agensi pengiklanan Ogilvy and Mather yang melahirkan idea kreatif itu dan bekerjasama dengan Bernas menghasilkan iklan televisyen.

Pengurus Besar Bahagian Hal Ehwal Korporat Bernas, Sabrina Yon berkata, syarikat itu memutuskan untuk melancarkan kempen iklan televisyen dan cetak semasa TBC kerana beras merupakan komponen paling asas dan sangat penting yang digunakan oleh semua rakyat Malaysia dalam sambutan perayaan mereka.

"Justeru itu, kami merasakan ini merupakan cara yang paling wajar bagi Bernas, sebagai penyedia beras negara untuk mendekatkan diri dengan semua rakyat Malaysia, terutamanya kaum cina," katanya kepada Bernama, pada Khamis. Iklan itu dikeluarkan sebagai spot 90 saat dan 60 saat, manakala versi tiga minit boleh ditonton secara dalam talian.

Mengenai masa depan, Bernas berhasrat untuk meneruskan kempen komunikasi uniknya sebagai sebahagian daripada usahanya mengketengahkan kepentingan beras dalam kehidupan harian. Sementara itu, Ogilvy and Mather pula berkata, sejajar dengan inti pati jenama Bernas "Menyuburkan Negara", maka adalah bersesuaian bagi syarikat itu untuk menyampaikan kepada rakyat Malaysia mesej yang relevan dan memberi inspirasi semasa musim perayaan.

Pengarah Eksekutif Kreatif Kumpulan Ogilvy & Mather, Gavin Simpson berkata iklan itu akan menyentuh hati rakyat Malaysia.

"Saya harap kita akan menelefon, mengunjungi ibu bapa kita dan menghabiskan masa bersama mereka. Saya ingin mengucapkan selamat menjamu makan malam perjumpaan keluarga kepada rakyat Malaysia," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan