Bapa Saiful Terus Rayu Peguam Negara Kemuka Rayuan

Diterbitkan: Khamis, 19 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Bapa Mohd Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim melahirkan kebimbangan berhubung tindakan susulan Peguam Negara sama ada akan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat atau tidak.

Kebimbangan itu disuarakan Azlan kerana pihaknya tidak mengetahui sebarang perkembangan mengenai proses tersebut walaupun selepas sembilan hari Mahkamah Tinggi membuat keputusan iaitu pada 9 Januari lalu.

"Saya sebagai bapa merasa sedikit risau kerana sehingga hari ini tiada perkembangan berkenaan pemfailan rayuan tersebut oleh kerana saya percaya tempoh masa untuk memfailkan notis rayuan hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi," katanya menerusi satu kenyataan media yang disiarkan menerusi blog peribadi Mohd Saiful Bukhari mohdsaifulbukhari.blogspot.com.

Pihak Peguam Negara mempunyai masa 14 hari untuk memfailkan notis rayuan.

Pada 9 Januari lalu, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membebas dan melepaskan Anwar daripada tuduhan liwat selepas mendapati tiada bukti kukuh bagi menyokong keterangan Mohd Saiful Bukhari dan tidak selamat untuk mahkamah bergantung kepada bukti asid deoksiribonukleik (DNA).

Bagaimanapun Azlan berkata beliau sekali lagi merayu kepada Peguam Negara agar mengemukakan rayuan bagi kes tersebut kerana anaknya berhak melalui proses aduan serta diadili ke peringkat tertinggi.

"Saya percaya Peguam Negara akan mengambil pertimbangan yang sewajarnya di dalam pemfailan notis rayuan tersebut.

"Saya juga mohon pihak Peguam Negara agar tidak terpengaruh dengan desakan Majlis Peguam atau mana-mana pihak agar tidak mengemukakan rayuan," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan