Ambiga Dakwa “Diserang” Dalam Perhimpunan Bersih 2.0

Diterbitkan: Khamis, 19 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengerusi Bersih 2.0, Datuk S Ambiga mengambil pendirian dalam siasatan awam Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) dalam memberi keterangan mengenai pengalaman beliau di KL Sentral pada perhimpunan tersebut.

Beliau berkata, ketika itu beliau berada di terowong keluar KL Sentral selepas mereka meninggalkan KL Hilton untuk menuju ke Stadium Merdeka apabila polis melepaskan tembakan kanister gas pemedih mata ke arah mereka.

“Saya benar-benar fikir saya akan mati. Terdapat penggunaan gas pemedih mata yang berlebihan.

“Saya tidak boleh bernafas... saya tidak dapat melihat. Pengawal peribadi saya terpaksa mengheret saya keluar,” katanya memberi keterangan sebelum siasatan yang diwujudkan bagi melihat sebarang pencabulan terhadap hak asasi manusia yang dikatakan oleh pihak berkuasa semasa perhimpunan pada 9 Julai.

Ambiga berkata, beliau percaya pihak polis telah “menyerang” kumpulan mereka di terowong itu selepas mereka meninggalkan KL Hilton untuk menuju ke Stadium Merdeka.

“Mereka tidak cuba untuk menyuraikan kami. Mereka cuba untuk mencederakan kita,” dakwa beliau sambil menambah bahawa polis datang dari kedua-dua hujung terowong.

Terdahulu, beliau berkata siasatan itu diadakan disebabkan atas keselamatan diri dan keluarganya yang mendapat ugutan daripada beberapa pihak berikutan penganjuran perhimpunan tersebut.

“Ini termasuk ancaman peribadi terhadap keselamatan saya dan diminta untuk menggugurkan kewarganegaraan saya. Terdapat banyak laporan di media merujuk kepada dakwaan saya terlibat dengan aktiviti-aktiviti anti-Islam dan ini termasuk mewakili Lina Joy (Azlina Jailani yang murtad kerana menukar agama),” katanya.

Beliau berkata, dia telah mengupah pengawal peribadi kerana merasakan keselamatanya berisiko dan percaya dia diekori malah perbualan telefonnya dirakamkan.

Siasatan tersebut dipengerusikan oleh Naib Pengerusi Suhakam, Prof Datuk Dr Lake Tee Khawa yang akan menyambung semula pada 13 Februari ini selepas Ambiga meneruskan keterangannya.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan