90 Peratus Perkhidmatan Kerajaan Secara Online Menjelang 2015

Diterbitkan: Khamis, 19 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Sebahagian besar atau 90 peratus daripada perkhidmatan kerajaan akan disediakan secara online menjelang 2015, kata Ketua Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu), Datuk Mohamad Zabidi Zainal.

Menurutnya, perkara itu ditetapkan dalam Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang perlu dicapai sejajar dengan usaha tranformasi perkhidmatan sedia ada kepada perkhidmatan online dengan menggunakan sepenuhnya kepesatan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT).

Berucap pada seminar pemantapan perkhidmatan awam berkaitan perkhidmatan online kerajaan di sini Khamis, beliau berkata, dengan perencanaan dan pelaksanaan ICT yang sempurna, ia akan membolehkan perkhidmatan dapat ditawarkan lebih dekat kepada rakayt serta boleh dicapai dengan cepat, mudah dan mesra.

Beliau berkata penggunaan sistem online dalam perkhidmatan awam adalah positif dan kajian berkaitan ICT yang dilakukan tahun lalu mendapati 35 peratus perkhidmatan yang ditawarkan oleh kerajaan dilakukan secara online.

"Walaupun kajian menunjukkan indikator positif berkaitan transformasi digital sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan, kita tidak boleh berpeluk tubuh dan berasa selesa." katanya pada seminar sehari yang dihadiri lebih 300 penjawat awam dari Perlis, Kedah, Perak dan Pulau Pinang.

Mohamad Zabidi berkata usaha perlu sentiasa dipertingkatkan untuk merealisasikan transformasi digital ini semaksimum mungkin khususnya dalam sektor awam.

Menurutnya, bagi memastikan agensi berada di landasan transformasi yang betul, Mampu telah melaksanakan program penarafan bintang untuk menilai prestasi agensi-agensi perkhidmatan awam terutama dalam sistem penyampaian sejak 2008.

Ia juga sebagai pengiktirafan kepada agensi yang telah menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam menyediakan perkhidmatan berkualiti tinggi selain menggalakkan persaingan sihat antara agensi dalam mengamalkan pengurusan yang berkesan.

"Kesan pelaksanaan penarafan bintang telah menunjukkan perubahan ketara iaitu daripada hanya satu kementerian yang mencapai taraf lima bintang pada 2008, telah melonjak kepada lapan kementerian pada 2010," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan