Suami Yang Tinggal Berasingan Ditemui Mati Oleh Isteri

Diterbitkan: Rabu, 18 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KULIM: Seorang suri rumah berusia 28 tahun menemui mayat suaminya yang telah berbau dalam sebuah bilik di sebuah rumah pangsa di Taman Jati di sini, ketika datang untuk melawat suaminya petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kulim, Supt Ghuzlan Salleh berkata wanita itu menemui mayat suaminya G. Manivannan, 38, kira-kira pukul 4.50 petang dan kemudian memaklumkan kepada jiran yang memberitahu polis.

"Menurut isterinya, mangsa mempunyai empat orang anak hasil perkongsian hidup mereka tetapi mangsa dikatakan seorang yang kuat minum arak menyebabkan mereka tinggal berasingan sejak beberapa bulan lalu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata walaupun kedua-dua mereka tinggal berasingan, isteri mangsa sering melawat dan membawa makanan kepada mangsa yang dikatakan seorang penganggur.

Katanya polis yang tiba di lokasi mendapati mayat mangsa berada dalam keadaan terlentang dan tidak mengesyaki sebarang perbuatan jenayah ke atas mangsa.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan