Saya Tidak Kecil Hati - Abdul Rani

Diterbitkan: Rabu, 18 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meru, Dr Abdul Rani Osman menegaskan beliau tidak berkecil hati walaupun tidak dilantik sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor seperti yang disebut-sebut pelbagai pihak.

Menurut Dr Abdul Rani, beliau sendiri tidak mengharapkan jawatan berkenaan walaupun pelbagai pihak sebelum ini membuat spekulasi dengan mengatakan Pesuruhjaya PAS Selangor itu merupakan individu paling layak menggantikan Datuk Dr Hasan Mohamed Ali sebagai exco.

"Tidak, tidak, tidak. Saya memang tak minta (jawatan ini). Saya pun baru lagi dalam PAS, baru masuk PAS pada 1999.

"Saya langsung tidak berkecil hati. Semalam saya dapat tahu keputusan ini dan saya bersyukur. Saya akan teruskan tugas sebagai Pesuruhjaya, Adun dan Pengerusi SKIMSEL (Skim Mikro Kredit Miskin Luar Bandar)," katanya ketika ditemui pemberita di Istana Bukit Kayangan di sini, Rabu.

Terdahulu Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menyampaikan watikah pelantikan Exco Kerajaan Negeri Selangor yang baru kepada Adun Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi.

Pelantikan itu bagi menggantikan Hasan yang dipecat daripada PAS dua minggu lalu kerana tindakannya yang dikatakan menyalahi dan merugikan kepentingan parti itu.

Portfolio Hal Ehwal Islam yang dipegang Hasan sebelum ini turut diambil alih Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menerusi satu rombakan kecil.

Selain itu ditanya mengenai perubahan portfolio Hal Ehwal Islam yang secara lazimnya dipegang oleh exco PAS, Abdul Rani berkata perkara itu bukan satu masalah.

"Tak apa, semalam juga Tan Sri Abdul Khalid ada menyebut kalau ada apa-apa kesalahan, beliau minta PAS tegur," katanya.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan