Proton Akan Kekal Sebagai Kereta Nasional:Tun Mahathir

Diterbitkan: Rabu, 18 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Proton Holdings Bhd akan terus kekal sebagai syarikat pengeluar kereta nasional kerana ia dibeli oleh satu syarikat Malaysia, kata bekas Perdana Menteri dan Penasihat Proton, Tun Dr Mahahtir Mohamad.

Katanya Proton tidak akan kehilangan statusnya sebagai pengeluar kereta nasional.

Bercakap kepada pemberita selepas Persidangan Antarabangsa Pergerakan Moderat Global di sini, Dr Mahathir berkata beliau berharap perkembangan terbaharu ini akan menjadikannya lebih baik.

Pada Isnin, Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) mengumumkan penjualan 42.74 peratus kepentingannya di dalam Proton kepada DRB-Hicom Bhd pada harga RM5.50 sesaham atau RM1.291 bilion.

Harga itu mewakili premium 6.2 peratus berbanding harga saham Proton pada penutup dagangan di Bursa Malaysia pada Jumaat lalu, sebanyak RM5.18 sesaham.

Mengenai kemungkinan Proton dijadikan syarikat persendirian, Dr Mahathir berkata: "Jika kerajaan tidak membantu melalui langkah menyuntik dana ke dalam syarikat itu, saya rasa sektor swasta perlu menyuntik dana sendiri."

Mengulas mengenai cakap-cakap di pasaran oleh para penganalisis bahawa Proton tidak akan menjual Lotus, Dr Mahathir berkata: "Bagaimana mereka boleh mengetahuinya? Pemiliknya yang perlu membuat keputusan itu."

Katanya langkah untuk menjual Lotus adalah sesuatu yang boleh dipertimbangkan oleh DRB-Hicom.

Mengenai kebimbangan yang disuarakan oleh Persatuan Peniaga Proton Edar (PEDA) berikutan pertukaran pengurusan Proton akan memberi kesan terhadap mereka, Dr Mahathir berkata persatuan itu perlu berbincang dengan pengurusan baharu agar mereka tidak kerugian. - Bernama

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan