Polis Dapatkan Bantuan Pakar Bahan Letupan Untuk Bantu Siasatan

Diterbitkan: Rabu, 18 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis akan mendapatkan bantuan pakar-pakar bahan letupan bagi membantu siasatan kes letupan bom buatan sendiri pada perhimpunan di hadapan Mahkamah Jalan Duta, 9 Januari lepas.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, selain menghubungi tentera, polis juga akan menghubungi syarikat-syarikat yang mengetahui lebih lanjut mengenai bom berkenaan.

"Kita akan meminta pandangan mereka (pakar) antaranya mengenai bahan letupan 'pyrotechnic', iaitu bahan letupan seperti bunga api yang mungkin digunakan pada kejadian tersebut," kata beliau. Mohmad Salleh berkata, polis akan menghubungi beberapa syarikat yang sering mengadakan pertunjukan bunga api pada majlis besar-besaran untuk meminta pandangan mereka mengenai bahan letupan tersebut," katanya selepas majlis perhimpunan bulanan di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur (IPPKL) di sini Rabu.

Ditanya mengenai perkembangan terbaru berhubung siasatan kes tersebut, Mohmad Salleh berkata, "Polis masih belum mendapat petunjuk baru mengenai kejadian tersebut. "Pada masa ini, kita hanya menerima maklumat daripada orang awam dan pengedar jam loceng di sekitar ibu negara".

Dalam insiden itu, tiga letupan berlaku pada perhimpunan penyokong Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas Mahkamah Tinggi membebas dan melepaskan beliau daripada pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.

Letupan itu mengakibatkan empat orang awam cedera dan seorang lagi mengalami kejutan, selain menyebabkan kerosakan kecil kepada kenderaan milik orang awam. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan