PM Lancar Program Bantuan Kepada Nelayan Sabtu Ini

Diterbitkan: Rabu, 18 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual melancarkan program bantuan untuk nelayan 'Ihsan Samudera' pada Sabtu ini, di Kampung Tanjung Lumpur dekat sini.

Anggota Dewan Undangan Negeri Tanjung Lumpur Datuk Wan Adnan Wan Mamat berkata program itu memberi manfaat bukan saja kepada nelayan di seluruh negara tetapi juga keluarga mereka.

"Para nelayan akan menerima bantuan berupa enjin bot, pukat, bubu, jaket keselamatan dan Sistem Kedudukan Global (GPS) manakala anak-anak mereka pula akan menerima bantuan pakaian sekolah, bakul makanan dan basikal," katanya kepada Bernama, di sini Rabu.

Wan Adnan berkata dianggar 5,000 nelayan hadir pada majlis itu.

Perdana Menteri turut dijadual menyampaikan bantuan khas kepada nelayan yang botnya terbakar dan yang pernah diserang ikan jerung pada 1993 selepas, katanya.

Beliau berkata pada masa ini terdapat lebih 7,400 nelayan berdaftar di Pahang dengan 70 peratus berada di Kuantan, sementara baki di beberapa daerah lain termasuk Pekan dan Rompin.

Program yang dijangka dihadiri 20,000 pengunjung itu turut menyediakan aktiviti sampingan termasuk pemeriksaan kesihatan oleh 40 doktor pakar dari Institut Jantung Negara, Hospital Ampang Puteri dan Hospital Sungai Buloh.

Sementara itu, Wan Adnan berkata beliau juga akan menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia kepada 1,600 penerima. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan