PLUS Buka 1,200 Kaunter Tol Menjelang Cuti Tahun Baru Cina

Diterbitkan: Rabu, 18 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Syarikat pengendali Lebuhraya Utara-Selatan, PLUS Expressways Berhad (PLUS), akan membuka sehingga 1,200 kaunter tol bagi memudah dan mempercepatkan perjalanan pengguna sempena cuti perayaan Tahun Baru Cina minggu depan.

Pengarah Urusannya Datuk Noorizah Abdul Hamid berkata hampir 3,000 kakitangan PLUS termasuk anggota keselamatan dan pasukan bantuan perubatan sukarela akan ditempatkan di beberapa lokasi strategik di sepanjang lebuh raya itu sepanjang masa.

Seramai 550 anggota RELA juga akan bertugas di lebuh raya, plaza tol dan kawasan Rehat & Rawat (R&R) serta hentian sebelah, katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran Jadual Waktu Perjalanan PLUS (TTA) sempena musim perayaan itu di sini, Selasa.

Beliau juga berkata lorong tambah nilai di semua plaza tol akan ditutup dari 20 hingga 29 Jan ini manakala kaunter "Reload 'n Go" akan dibuka di 21 stesen minyak di R&R terpilih pada tempoh tersebut.

Noorizah berkata pasukan PlusRonda juga ditambah daripada 133 kepada 153 pasukan bagi memastikan bantuan diberi dalam tempoh yang lebih singkat.

Beliau berkata minuman percuma 'Red Bull' dan 'Indo Cafe' akan disediakan kepada orang ramai di hentian terpilih pada 20, 21, 28 dan 29 Jan bermula 12 tengah hari hingga 5 petang.

Pengguna boleh mengetahui maklumat trafik terkini dengan melayari laman twitter Plus di www.twitter.com/plustrafik atau hubungi Plusline di talian 1-800-88-0000. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan