PAS Mahu Kerusi Changkat Jering, Behrang dan Bagan Serai Semula

Diterbitkan: Rabu, 18 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: PAS Perak telah meminta agar mereka dibenarkan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri Changkat Jering dan Behrang serta Parlimen Bagan Serai semula pada pilihan raya umum akan datang.

Kesemua kerusi berkenaan sebelum ini ditandingi oleh calon-calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menang pada pilihanraya 2008 tetapi kemudiannya keluar parti untuk menjadi ahli Bebas.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Mohd Misbahul Munir berkata, permintaan berkenaan telahpun dibawa ke makluman Jawatankuasa Pakatan Rakyat (PR) Negeri Perak.

Ini adalah permintaan daripada akar umbi katanya dan oleh yang demikian perlu dibawa ke atas untuk pertimbangan.

Mohd Misbahul juga berkata, walau bagaimanapun mereka menyerahkan kepada pucuk pimpinan PR untuk membuat keputusan muktamad mengenai permintaan mereka itu.

Beliau berkata demikian kepada para pemberita selepas melancarkan Program 'Perak Kite - Rakyat Sepakat, Perak Berkat' di Ibu Pejabat PAS di sini, Rabu.

Dalam pada itu beliau juga menegaskan bahawa PAS Perak dijangka bertanding di 20 kerusi dewan undangan dan tujuh kerusi parlimen.

Beliau juga berkata, buat masa ini bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dijangka akan kekal bertanding di Pasir Panjang walaupun terdapat desas-desus yang mengatakan beliau mungkin akan bertukar kerusi.

"Seandainya Pakatan sekali lagi berjaya menawan Perak, PAS Perak akan sekali lagi mencalonkan nama Datuk Seri Mohammad Nizar sebagai calon menteri besar," ujarnya.

Menurut Mohd Misbahul, beliau sendiri dijangka bertanding di kerusi dewan undangan negeri Rungkup yang mana beliau hanya tewas 400 undi sahaja pada pilihan raya umum yang lalu.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan