BMW M'sia Sasar Satu Lagi Jualan Rekod Tahun Ini

Diterbitkan: Rabu, 18 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: BMW Malaysia Sdn Bhd berharap akan dapat mencatatkan satu lagi jualan rekod tahun ini selepas menjual 5,604 unit model BMW, MINI dan Motorrad tahun lepas, kata Pengarah Urusannya Geoffrey Briscoe, pada Rabu.

Jualan pada 2011 mengatasi prestasinya pada 2010 sebanyak 24 peratus.

"Kami akan melancarkan versi baharu BMW 3-Series yang hanya diperkenalkan sekali dalam masa tujuh tahun.

"Itu akan menjadi permulaan. Bagaimanapun, kami masih menerima tempahan bagi model BMW paling laris kami, BMW 520i," katanya kepada pemberita selepas pelancaran Kereta Konsep Dinamik Efisien Visi BMW oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir.

Briscoe berkata, BMW Malaysia akan terus mengembangkan penawaran teknologinya di Malaysia.

"Oleh kerana enjin moden telah beransur-ansur berkembang menjadi mesin pintar dan cekap, kami juga melihat keperluan bagi prasarana perundangan berubah daripada hanya bergantung sepenuhnya bagi saiz enjin kepada kecekapan dengan pengurangan dalam pelepasan asap menjadi sasaran utama.

"Penting bagi Malaysia untuk meningkatkan lagi teknologi hijau dan rantaian kelestarian bukan hanya dalam komitmennya kepada alam sekitar, tetapi juga dalam dasar perindustrian dan automotif.

"Kejayaan masa depan industri automotif akan dipacu oleh produk, dasar dan amalan yang lestari," katanya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: BMW Malaysia , jualan rekod , unit , MINI , Motorrad , BMw , 3-Series , automotif

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan