Anwar Tidak Pernah Halalkan Seks Songsang Dalam Wawancara BBC - PKR

Diterbitkan: Rabu, 18 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) mempertahankan kenyataan Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa undang-undang berkaitan hubungan sejenis atau homoseksual di negara ini sudah lapuk dan harus dikaji semula.

Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama PKR, Ahmad Kassim berkata, Anwar menerusi jawapannya kepada Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) World News baru-baru ini tidak menyebut bahawa beliau mahu menghalalkan homoskesual di negara ini.

Sebaliknya Ahmad yang juga Ahli Parlimen Kuala Kedah mendakwa kenyataan Anwar tersebut telah dimanipulasi pihak media yang berniat jahat bagi menjejaskan kewibawaan Ketua Pembangkang itu sebagai muslim, rakyat Malaysia dan pemimpin utama Pakatan Rakyat.

"Datuk Seri Anwar tegas menyatakan bahawa beliau, PKR dan Pakatan Rakyat tidak menganjurkan, membenarkan ataupun menghalalkan homoseksual.

"Walaubagaimanapun beliau berpendirian undang-undang lapuk yang tidak berlandaskan syarak serta menzalimi rakyat Malaysia wajar disemak.

"Undang-undang lapuk dan zalim boleh digunakan sewenang-wenangnya oleh kekuasaan untuk menghalalkan fitnah jelik ke atas sesiapapun," katanya dalam satu kenyataan di sini, Selasa.

Minggu lalu, Anwar yang diwawancara menerusi persidangan video di Mumbai oleh BBC World News, berkata walaupun masyarakat negara ini tidak boleh menerima amalan homoseksual, undang-undang lapuk mengenainya tidak harus digunakan bagi menghukum orang yang tidak bersalah.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan