Adun Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Ganti Hasan Ali, Bukan Dr Rani

Diterbitkan: Rabu, 18 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Dr Ahmad Yunus mengangkat sumpah sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor yang baru.
Dr Ahmad Yunus mengangkat sumpah sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor yang baru.

SHAH ALAM: Teka-teki mengenai siapa pengganti Dr Hasan Mohamed Ali terjawab apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi dilantik sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor yang baru.

Pelantikan itu sekaligus mengenepikan jangkaan awal bahawa jawatan berkenaan bakal diberikan kepada calon yang disebut-sebut sebelum ini iaitu Adun Meru, Dr Abdul Rani Osman yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor.

Majlis Istiadat Pelantikan dan Angkat Sumpah Dr Ahmad Yunus sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor disempurnakan dihadapan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Bukit Kayangan kira-kira pukul 10.15 pagi di sini, Rabu.

Sebelum ini Dr Ahmad Yunus merupakan Pembantu Exco Belia dan Sukan iaitu portfolio yang dipegang Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Dr Ahmad Yunus yang juga Yang Dipertua PAS Sijangkang berkelulusan Ijazah Sarjana Perubatan dan Pembedahan daripada Universiti Malaya.

Pelantikan Dr Ahmad Yunus dibuat bagi menggantikan Dr Hasan sebaik Adun Gombak Setia itu dipecat keahliannya daripada PAS pada 8 Januari lalu.

Pada sidang media selepas itu, Dr Ahmad Yunus berkata, beliau tidak menjangkakan akan dilantik sebagai exco.

Bagaimanapun beliau berjanji akan menjalankan tugas dengan baik serta meneruskan kesinambungan terutama bagi menerajui portfolio Belia dan Sukan.

"Saya tak jangka...not at all. Daripada PAS sendiri kita meletakkan Dr Abd Rani sebagai calon yang kita cadangkan.

"Tapi seperti kata Menteri Besar, ini adalah demi tugas dan tanggungjawab," katanya.

Dalam pada itu Abdul Khalid pada sidang media yang sama menjelaskan pelantikan Dr Ahmad Yunus 'atas dasar kerja' walaupun ramai pihak menjangkakan Dr Abd Rani yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor lebih layak diangkat sebagai exco.

Malah menurut beliau, pelantikan tersebut turut mendapat restu kepimpinan tertinggi PAS termasuk Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Keputusan ini telah dibincangkan antara semua komponen parti. Apabila Dr Ahmad Yunus dipilih, ia tak bermaksud kita membelakangkan kepimpinan PAS.

"Bagaimanapun saya telah diberikan tanggungjawab untuk menentukannya. Saya rasa lantikan ini mendapat restu daripada kepimpinan PAS dan Dr Abd Rani sendiri (selaku Pesuruhjaya PAS negeri).

"Maknanya ini bukan satu pelantikan yang tak mengambil kira pemikiran dan pandagan dari semua

pihak. Tuanku Sultan juga diberikan latar belakang tentang pemilihan ini," katanya.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan