Terengganu Mohon Pinjaman RM500 Juta Untuk Projek Bekalan Air

Diterbitkan: Selasa, 17 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KEMAMAN: Kerajaan negeri Terengganu akan memohon pinjaman sebanyak RM500 juta dari kerajaan pusat untuk membiayai projek bekalan air di kawasan perindustrian Teluk Kalong dekat sini bagi keperluan industri.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata bekalan air di kawasan itu meningkat dari masa ke semasa berikutan pertambahan kilang baru termasuk Kilang Keluli Bersepadu Eastern Steel yang sedang dibina.

"Apabila kilang Keluli Bersepadu Eastern Steel siap nanti bil airnya sahaja dijangka akan mencecah RM1 juta sebulan, dan sebelum ini Perwaja Steel hampir RM400,000 sebulan sementara Tioxide Malaysia Sdn Bhd bil airnya mencapai RM500,000 sebulan.

"Sebab itu kita amat memerlukan pinjaman ini dan kita telahpun melantik konsultan sebagai langkah awal melaksanakan projek bekalan air tersebut," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Dana Tahun Baru Cina 2012 peringkat daerah Kemaman di Dewan Datuk Seri Amar Diraja, di sini, Selasa.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Adun Chukai, Datuk Mohamed Awang Tera, Adun Kemasik, Ir Rosli Othman dan Adun Air Putih, Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar.

Menurutnya projek tersebut dijangka akan memakan masa dua hingga tiga tahun untuk disiapkan dan sebagai langkah sementara kerajaan negeri akan membeli air daripada Petronas dengan menarik bekalan air di Dungun.

Sementara itu, seramai 1,577 orang menerima Dana Tahun Baru Cina itu membabitkan seramai 1,059 dari Dun Chukai, 337 (Dun Kemasik), 155 (Dun Kijal) dan 26 (Dun Air Putih) yang membabitkan perbelanjaan RM400,500. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan