Pak Samad Dilantik Pengerusi Bersama Bersih

Diterbitkan: Selasa, 17 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said dilantik sebagai Pengerusi Bersama Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih).

Pengerusi Bersih, Datuk S. Ambiga ketika mengumumkan pelantikan sasterawan yang lebih dikenali sebagai Pak Samad itu berkata, penyertaan tokoh berkenaan dibarisan hadapan berupaya mengukuhkan lagi perjuangan gabungan tersebut.

Sementara itu, Pak Samad yang popular menerusi novel 'Salina' dan 'Hujan Pagi' berkata, penglibatannya secara langsung dalam Bersih dapat meringankan beban yang ditanggung Ambiga.

"Sebelum ini saya hanya mengikuti dan menyokong Bersih. Tapi akhir-akhir ini saya dirasakan dapat memberikan sumbangan yang lebih.

"Jadi saya kira sudah sampai masanya juga untuk saya berikan sumbangan...mungkin juga dapat kurangkan beban Ambiga," katanya pada sidang media di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) di sini, Selasa.

Turut dilantik menganggotai jawatankuasa kerja Bersih ialah Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Ahmad Shukri Abdul Razak.

Menurut Ambiga yang juga bekas Presiden Majlis Peguam, penyertaan Ahmad Shukri dalam Bersih sebagai mengiktiraf dan memberi ruang kepada golongan muda untuk turut sama berkempen bagi melakukan penambahbaikan sistem pilihan raya di negara ini.

Dalam pada itu pada sidang media yang sama, Ambiga turut melancar kempen 'Jom 100' yang memberi sasaran untuk meningkatkan jumlah keluar mengundi secara maksimum pada pilihan raya.

Jelas Ambiga, kempen yang akan diadakan di seluruh negara itu akan memberi penerangan kepada orang ramai mengenai kepentingan dan tanggungjawab sebagai pengundi.

"Kita mahu beritahu kepada semua pengundi berdaftar yang layak mengundi agar keluar mengundi apabila pilihan raya diadakan.

"Apabila peratusan keluar mengundi meningkat, secara tidak langsung ia dapat mengurangkan kemungkinan berlakunya penipuan sewaktu pilihan raya terutamanya bagi membendung kewujudan pengundi hantu," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan