NFC Jamin Mampu Bayar Balik Pinjaman

Diterbitkan: Selasa, 17 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perbadanan Fidlot Kebangsaan Sdn Bhd (NFC) pada Selasa menjelaskan bahawa mereka kini telah bersedia untuk membayar semula ansuran pinjaman dengan kerajaan sebagaimana yang ditetapkan dalam perjanjian.

Menurut NFC, perjanjian pinjaman di antara mereka dengan Kerajaan yang diwakili oleh Kementerian Kewangan telah ditandatangani pada 6 Disember 2007, dan bukannya pada tahun 2010 sebagaimana yang dilaporkan oleh banyak pihak.

Pinjaman pertama berjumlah RM7 juta kata NFC diterima pada Januari 2008.

Proses ini kata NFC mematuhi segala prosedur yang ditetapkan oleh kerajaan.

Pengarah Eksekutif NFC, Wan Shahinur Izmir dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pagi Selasa berkata, satu lagi perjanjian berasingan berhubung pelaksanaan projek pusat NFC itu telah ditandatangani di antara NFC dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani pada 8 Mac 2010.

Menurut Wan Shahinur Izmir, di bawah perjanjian pinjaman tersebut, NFC dijadualkan untuk membayar semula pinjaman mereka mulai tahun ini.

"Pihak syarikat berkeyakinan penuh bahawa keperluan untuk memenuhi syarat-syarat sepertimana yang dinyatakan dalam perjanjian tersebut akan dapat ditunaikan oleh syarikat sebagaimana yang diprojekkan," katanya lagi.

Malah katanya, untuk bulan ini sahaja (Januari), permintaan untuk daging lembu telah mencecah RM1.9 juta.

Permintaan untuk daging lembu dan produk yang berkaitan dengannya meingkat sehingga 100 peratus setiap tahun.

“Kemudahan pinjaman yang diluluskan kepada NFC pada tahun 2007 adalah berjumlah RM250 juta, iaitu untuk merancang, membina, mengekalkan dan mewujudkan jaringan pengeluaran daging negara yang bersepadu sehingga membolehkan negara ini mengeluar dan menghasilkan produk daging ke tahap 40 peratus.

“Dalam membina perniagaan ini yang kini telah memasuki tahun keempat operasinya, kami telah meletakkan NFC di kedudukan yang membolehkan kami melaksanakan satu projek berimpak tinggi yang meliputi penghasilkan produk komersil pertanian berskala besar, mewujudkan ladang fedlot satelit serta program lain yang dapat menyokong pengeluaran produk daging lembu,” katanya lagi.

Menurut beliau, perjanjian pinjaman yang ditandatangani pada tahun 2007 itu meliputi pembayaran balik untuk tempoh 20 tahun dengan tempoh tangguh selama tiga tahun.

Beliau juga menjelaskan, semua lembu yang dipelihara oleh NFC adalah dari baka Australia bagi memastikan daging yang dihasilkan adalah berkualiti tinggi.

Sehingga sekarang, NFC telah membekalkan daging kepada pasar raya besar, pasar raya, pasar mini, pasar basah, pembekal daging proses, hotel, restoran dan kafe yang menyediakan hidangan daging.

Katanya, perniagaan NFC mempunyai kapasiti dan keupayaan untuk berkembang maju dengan syarat ia mempunyai rumah penyembelihan yang mencukupi untuk memenuhi permintaan mereka yang tinggi.

Dalam konteks ini, NFC sedang membina pusat penyembelihan lembu yang kedua terbesar di negara ini dalam usahanya untuk memenuhi permintaan tersebut.

Malah kata beliau, misi NFC kini adalah untuk meningkatkan pengeluaran daging domestik iaitu dari 20 peratus kepada 40 peratus menjelang 2015.

"Kami mempunyai tempoh tiga tahun lagi untuk memenuhi permintan tersebut dan rumah penyembelihan yang sedang kami bina ini akan mampu mengendalikan sehingga 200 penyembelihan sehari.

“Bersama-sama projek ini juga, kami turut mewujudkan model perniagaan perladangan lembu yang membolehkan kami memberikan manfaat dan faedah kepada 150 usahawan penternakan lembu di dalam negara,” tambah beliau lagi.

Model perniagaan yang NFC bina ini menurut Wan Shahinur adalah berkonsepkan skim FELDA yang membolehkan usahawan yang mengambil bahagian turut meningkat maju bersama ‘master developer’.

Dalam konteks ini jelasnya lagi, sebaik sahaja sistem perladangan kontrak ini bergerak sepenuhnya pada tahun 2015 nanti, NFC menjangkakan yang mereka akan dapat menyembelih 186,000 ekor lembu setahun.

Menurut Wan Shahinur, industri ini sebenarnya bernilai RM1.5 bilion.

NFC didirikan di atas tanah seluas 1,500 ekar di Gemas, Negeri Sembilan yang dipajak daripada kerajaan negeri. NFC mempunyai 100 orang kakitangan pelbagai peringkat termasuklah outlet restorannya bernama Meatworks.

Buat masa ini, mereka mempunyai dua outlet restoran di sini dan sebuah di Singapura.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan