Ambiga Jangan Ugut Kerajaan - Khairy

Diterbitkan: Selasa, 17 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin mengingatkan penganjur perhimpunan Bersih Datuk S. Ambiga supaya tidak lagi mengugut kerajaan berhubung pembaharuan proses pilihan raya di negara ini.

"Kerajaan setuju gunakan dakwat kekal dan kerajaan sedang mempertimbangkan cadangan-cadangan yang lain dengan kerjasama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). SPR dah setuju untuk bersihkan senarai pengundi.

"Banyak permintaan daripada Bersih dilaksanakan. Tidak perlu ada ugutan daripada Ambiga," katanya kepada pemberita selepas pelancaran BN Youth Ride Fest 2012 (BNYRF) di sini, Selasa.

Katanya kerajaan sebelum ini telah meluluskan penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya bagi mengkaji sistem pilihan raya dan ia dibuat secara terbuka dengan keanggotaan terdiri daripada anggota PAS, DAP, dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Saya hendak beritahu kepada Ambiga, jangan ugut kerajaan. Sudah cukuplah ugut kerajaan. Kita semua tahu pilihan raya akan diadakan dalam sedikit waktu terdekat," katanya.

Ambiga dalam satu sidang media hari ini membayangkan kemungkinan turun ke jalanan bagi menuntut pilihan raya yang bersih dan adil di negara ini jika cadangan mereka mengenai reformasi pilihan raya gagal dilaksanakan pihak berkuasa.

Mengenai pelancaran program hari ini, Khairy yang juga Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) berkata ia mendapat sambutan menggalakkan daripada persatuan-persatuan berbasikal serta peminat-peminat sukan itu.

BNYRF 2012 ialah satu penjelajahan berbasikal yang berlangsung selama dua hari bermula 17 Feb yang meliputi Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Putrajaya dan berakhir di Dataran Merdeka.

Antara acara utama BNYRF adalah Kayuhan Jambori yang terbuka kepada semua peserta termasuk pelumba elit profesional dan berpeluang memenangi hadiah utama RM40,000. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Kolumnis

iklan

Iklan