WWF-Malaysia Sambut Baik Cadangan Tubuh 'Mahkamah Alam Sekitar'

Diterbitkan: Isnin, 16 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dana Hidupan Liar Sedunia-Malaysia (WWF-Malaysia) menyambut baik cadangan untuk memperkenalkan 'mahkamah alam sekitar' di negara ini.

Badan itu berharap inisiatif berkenaan akan memainkan peranan penting dalam mewujudkan kerangka yang secara efektif akan menginstitusikan kapasiti dan peranan badan kehakiman dalam menguatkuasakan undang-undang dan polisi alam sekitar yang akhirnya akan membantu pembangunan lestari.

WWF-Malaysia menyatakan langkah itu akan menggalakkan dan mentakrifkan keadilan daripada aspek alam sekitar di negara ini dengan cara memperkukuhkan undang-undang dan peraturan serta menambah baik mekanisme tadbir urus alam sekitar.

"Kami yakin cadangan penubuhan mahkamah khas ini yang akan membicarakan hal ehwal berkaitan alam sekitar akan memastikan pelaksanaan, penguatkuasaan dan pematuhan undang-undang dan polisi alam sekitar di negara ini," kata Pengarah Eksekutif dan Ketua Eksekutifnya Datuk Dr Dionysius Sharma said.

Ketua Hakim Negara Tan Sri Arifin Zakaria berkata mahkamah khas alam sekitar mungkin diperkenalkan di negara ini tidak lama lagi semasa merasmikan Tahun Perundangan 2012 dan Persidangan Hakim-hakim di Putrajaya. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan