Usaha Dibuat Jadikan Malaysia Destinasi Percutian Lebih Menarik:Najib

Diterbitkan: Isnin, 16 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Melahirkan rasa gembira kerana Melaka diisytiharkan sebagai tempat yang perlu dilawati tahun ini oleh The New York Times, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata ia merupakan hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi percutian yang lebih menarik bagi pelancong tempatan dan asing.

"Saya sangat gembira dengan pengiktirafan dari The New York Times, yang menyenaraikan Melaka sebagai salah satu tempat yang 'mesti dilawat' pada tahun 2012.

Sebagai sebuah negeri yang kaya dengan sejarah, budaya dan kepelbagaian jenis makanan, tidak dinafikan Melaka layak diberikan pujian sebegitu," katanya dalam laman webnya 1Malaysia bertajuk Khazanah Istimewa Malaysia.

Najib berkata ada kalanya perspektif rakyat asing seperti ini, membantu untuk mengingatkan tentang unsur-unsur yang membentuk keunikan sebagai rakyat Malaysia.

"Ia mengingatkan kita bahawa perkara-perkara yang menjadi kebiasaan bagi kita - contohnya seperti sesi teh tarik di kedai mamak, membeli-belah di pasar malam, serta menikmati buah-buahan tempatan seperti durian dan langsat - sebaliknya menjadi tarikan bagi pelancong dan rakyat asing," katanya.

Dalam pemerhatiannya, Najib berkata beliau mendapati inilah juga yang dirindui oleh rakyat Malaysia di perantauan apabila beliau ke luar negara dan berinteraksi dengan mereka.

"Bagi kita yang tinggal di negara ini hampir seumur hidup kita, ia satu rahmat bagi kita kerana semuanya begitu mudah untuk kita dapati sepanjang masa," katanya.

Perdana Menteri berkata mungkin atas kesedaran ini atau mungkin disebabkan oleh peningkatan kos sara hidup, rakyat Malaysia kini cenderung memilih destinasi percutian tempatan.

Khususnya, keluarga yang berpendapatan isi rumah sebanyak RM1,001 hingga RM3,000 sebulan yang merangkumi kumpulan pelancong tempatan yang paling ramai, katanya.

Sambil meminta rakyat Malaysia supaya lebih menghargai keunikan negara, Najib berkata: "Oleh itu, selepas ini, bila anda pergi untuk menikmati segelas teh tarik, menghadiri majlis kenduri kahwin, atau pergi melawat saudara-mara di kampung, renungkanlah seketika dan cubalah hargai persekitaran anda dengan perspektif baru.

"Malah, apa kata anda "tweet" pada saya gambar-gambar yang mencerminkan keunikan Malaysia. Mungkin anda akan dapat membina penghargaan yang baru bagi khazanah-khazanah kecil ini yang menjadikan kita semua sebuah negara, budaya, dan rakyat yang istimewa," kata Najib.

Dan banyak lagi yang ditawarkan dalam sektor pelancongan yang mampu menambat hati pelancong untuk berkunjung ke Malaysia.

"Kerajaan bercadang untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi percutian yang lebih menarik bagi pelancong tempatan dan asing," kata Najib.

Katanya pada Disember tahun lepas, beliau telah melancarkan Pelan Tindakan Pelancongan bagi Langkawi, yang bertujuan untuk menjadikan pulau itu sebagai destinasi popular yang setanding dengan Pulau Seychelles, Mauritius dan Bali.

Pelan tersebut dijangka dapat mewujudkan sebanyak 4,200 peluang pekerjaan dan menjana pendapatan sehingga RM3.8 bilion di pulau itu melalui sejumlah 3 juta pelancong yang dijangka tiba menjelang tahun 2015, katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan